Kerajaan Madani tiada formula atasi kemelut rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Selepas lebih 18 bulan menerajui negara Kerajaan Madani dilihat belum mempunyai resepi menarik bagi mengatasi bebanan rakyat dengan kenaikan kos sara hidup.

Mantan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang gagal menonjol kemampuannya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan Madani seperti kehilangan punca untuk mengatasi kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Situasi itu yang berlaku itu memberi peluang lebih luas bagi PAS dan Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang.

“Kerajaan Madani sedang bergelumpur dengan kegagalan. Mereka tidak boleh buat apa dah, sedangkan harga barang keperluan semakin naik.

“Menteri dia pun kelu tidak tahu nak mula di mana, tengok isu pengumuman harga beras Madani RM30, semua jadi kelu,” katanya.

Annuar yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, negeri-negeri yang ditadbir PAS dan Perikatan Nasional (PN) perlu keluar dengan kemelut tersebut dengan membantu rakyat mendapat keperluan asas.

Menurut beliau, dengan kelainan yang ditampilkan SG4 rakyat dapat menilai kemampuan PAS dan PN untuk mengemudi pentadbiran negara pada masa depan.

“Mereka mesti diperlihatkan PAS bukan sebuah parti yang ‘stereotype’, namum mampu menawarkan rakyat dengan pelbagai program berkebajikan,” katanya. – HARAKAHDAILY  21/2/2024

- Advertisement -