
KUALA LUMPUR: “Geng subuh macam solat Jumaat. Terbaik anak muda!, terbaik penganjur Rxz Members…Semoga kita terus istiqomah, solat lima waktu berjemaah.”
Itulah yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit,Terengganu, Ustaz Mohd Shafizi Ismail.
Bertempat di Masjid Bandar Al-Wathiqubillah, Kuala Nerus, Terengganu pada pagi hari ini (19 Jan) telah berlangsungnya Solat Subuh Berjemaah yang dijayakan oleh kelab permotoran RXZ Members menerusi program ‘RXZ Members Edisi Subuh Warrior’.
“Terima kasih semua yang terlibat dan kepada semua penaja-penaja makanan untuk sesi jamuan subuh tadi, Alhamdulillah, semoga anda semua di murahkan & di limpahkan lagi rezeki oleh Allah SWT.”
Melalui perkongsian di Facebooknya, RXZ Members berkata, “Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah SWT di permudahkan dengan jayanya program RXZ Members Edisi Subuh Warrior.

“Syukur, seramai lebih dua ribu hadir menang melawan selimut, tilam yang empuk dan tidur yang lena. Dari jauh dan dekat hadi untuk sama-sama kita menjayakan program ini.
“Mudah-mudahan dengan asbab tercetusnya program ini, geng-geng permotoran di seluruh Malaysia juga boleh melaksanakan program seumpama ini di tempat dan kawasan masing-masing juga, insya-Allah.

“Terima kasih semua yang terlibat dan kepada semua penaja-penaja makanan untuk sesi jamuan subuh tadi, Alhamdulillah, semoga anda semua di murahkan & di limpahkan lagi rezeki oleh Allah SWT.”
Idea Program Subuh berjemaat telah dicetuskan oleh Pelakon dan penyanyi Malaysia, Alif Satar yang menggerakkan kempen #GengSubuhMacamJumaat bermula November tahun lalu.
“Beliau mahu menjadikan amalan solat subuh di masjid dan surau sebagai norma baharu umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut mengenai bagaimana kempen itu bermula, Alif berkata, dia membiasakan diri untuk pergi sembahyang Subuh seorang diri.
“Saya bersyukur kerana gerakan itu sudah kini sudah menjadi fenomena berkata, kempen tersebut juga adalah simbolik sokongan umat Islam di negara ini kepada rakyat Palestin di bumi Gaza,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/1/2024




















