Pilihan raya Iraq kembali diadakan selepas 10 tahun

Sekumpulan wanita Kurdish menunjukkan jari mereka yang berlumuran dakwat selepas membuang undi dalam pilihan raya majlis wilayah Iraq, di pusat mengundi di Kirkuk, Iraq pada hari ini, 18 Dis 2023. (FOTO: REUTERS)S
- Advertisement -

BAGHDAD: Rakyat Iraq pada Isnin kembali mengundi untuk pilihan raya majlis wilayah di negara itu selepas pilihan raya kali terakhir diadakan pada tahun 2013.

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani turut membuang undi dan memerhati proses pilihan raya di pusat pengundian di Sekolah Watan di ibu negara, Baghdad.

- Advertisement -

“Pilihan raya tempatan adalah hak perlembagaan yang penting. Majlis gabenor adalah tonggak eksekutif penting di negeri ini,” ujar kenyataan pejabat media perdana menteri, lapor Anadolu Agency.

Al-Sudani menyeru apa yang diabelkannya sebagai ‘penyertaan aktif dalam pilihan raya’ dan memuji usaha agensi keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas, yang melakukan usaha yang luar biasa untuk menyelesaikan semua keperluan proses pilihan raya.

Ketua Pergerakan Hikmah, Ammar al-Hakim turut membuang undi dan memuji peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam memenuhi keperluan proses pilihan raya.

Bercakap kepada akhbar selepas membuang undi, al-Hakim berkata: “Kami menggalakkan rakyat untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam pilihan raya.”

Pada hari Sabtu, pengundian khas telah diadakan untuk pasukan keselamatan di semua cawangan.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas, kadar penyertaan dalam pengundian khas itu melebihi 67 peratus.

Majlis gabenor di Iraq berfungsi sebagai pihak berkuasa perundangan dan penyeliaan di setiap wilayah.

Majlis-majlis yang dipilih ini mempunyai hak untuk mengeluarkan undang-undang tempatan, membenarkan mereka menguruskan hal ehwal mereka mengikut prinsip desentralisasi pentadbiran, tanpa bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang persekutuan yang terletak di bawah bidang kuasa eksklusif pihak berkuasa.

Tempoh pilihan raya bagi majlis muhafazah ialah selama empat tahun.

Pada Ahad,  jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya,Jumana Al-Ghalai berkata: “Keputusan pengundian umum dan khas akan diumumkan secara serentak, dalam masa 24 jam selepas tamat pengundian, selaras dengan undang-undang yang dipinda untuk 2023 pemilihan majlis gabenor.”  HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -