Minyak masak: Tiga kali tanya, menteri tak jawab 

Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi jawapan berkenaan akta levi keuntungan luar biasa 1998 (Akta 592) tentang adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji dan menambah baik kaedah pengenaan levi termasuk menyemak semula kadar levi dan paras nilai ambang keuntungan?

Senator Hussin Ismail selanjutkan mengutarakan persoalan adakah akan diambil kira peningkatan kos pengeluaran minyak sawit mentah serta kelangsungan industri?

- Advertisement -

“Selain itu, apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan kecekapan kutipan hasil levi untuk subsidi minyak masak bagi menstabilkan harga minyak masak?” katanya ketika membahaskan perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau turut ingin tahu apakah strategi kerajaan bagi memastikan pindaan akta petroleum (cukai pendapatan) 1967 (Akta 543) ini tetap kekal dengan relevan dengan keperluan-keperluan semasa industri huluan petroleum dan gas.

Di samping itu, beliau turut memberitahu di dalam dewan mengapa terdapat Yang Berhormat Senator terus menerus bertanyakan isu yang sama kepada menteri.

“Antara punca yang pertama.. soalan belum dijawab (Menteri), bila belum dijawab.. disoal lagi, sebab contoh kalau saya tanya tentang isu perolehan 21.9 peratus daripada perolehan negara untuk belanjawan tahun ini.

“Saya bertanya.. jumlah 21.9 peratus sekitar dalam RM86 bilion minta dicerakinkan tapi, saya dah sebutkan perkara ini kali ketiga diulang-ulang tapi hari ini sehingga sekarang (tak dijawab menteri).

“Saya harap Menteri Kewangan dapat mencerakinkan jumlah-jumlah pinjaman daripada mana seumpamanya,” katanya.  HARAKAHDAILY 13/12/2023

- Advertisement -