Kabinet kitar semula, ketandusan pemimpin pelapis

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani dilihat telah ketandusan pemimpin pelapis apabila melantik semula lima bekas menteri ke dalam kabinet yang baharu diumumkan semalam selepas setahun pentadbirannya.

Ahli Parlimen Temerloh dari PERIKATAN NASIONAL (PN), Salamiah Mohd Nor berkata demikian susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pertukaran dan pengguguran beberapa menteri dalam rombakan kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 

- Advertisement -

“Tidak ada sangat yang boleh diharapkan dari kabinet kitar semula ini, kerana rakyat dan kaki tangan awam telah mengenali setakat mana prestasi ahli-ahli kabinet.

“Contohnya, pelantikan Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih senior dan berpengalaman, bukan kepada muka baharu yang belum lagi dilantik sebagai Senator.

“Semalam, Perdana menteri mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan semalam telah diumumkan pula sebagai Timbalan Menteri Kewangan baharu,” jelasnya.  

Selain itu, Salamiah berkata, struktur kabinet yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri juga telah menjadi şemakin besar dengan penambahan dua buah lagi kementerian. 

“Hal ini bertentangan dengan perjanjian Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) sebelum ini untuk mengecilkan saiz kabinet.

Katanya lagi, dasar kerajaan adalah lebih penting dari individu pemimpin yang dilantik. 

“Jika kecenderungan kerajaan ke arah Barat dan Amerika Syarijat, lantiklah tokoh mana sekali pun, negara tetap menuju ke arah kiblat Barat.

“Cananglah ekonomi sudah bagus, inflasi sudah turun, pengangguran menurun dan Keluaran Dalam Negeri kasar (KDNK) meningkat, tetapi apalah ertinya jika hakikat sebenarnya rakyat terus bergelut dengan peningkatan koş sara hidup yang berterusan,” katanya.  HARAKAHDAILY 13/12/2023

- Advertisement -