Saudi luluskan pertahanan AS di sempadannya lindungi Israel

Menteri pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di Washington D.C. pada 1 Nov 2023. (FOTO: Al-Ekhbariya)
- Advertisement -

WASHINGTON, D.C.: Arab Saudi telah meluluskan penempatan sistem pertahanan udara Ameriks Syarikat  di dalam sempadannya untuk melindungi Israel daripada ancaman luar.

Seorang wartawan penyiasatan, Sulaiman Ahmed melaporkan melalui platform X miliknya, @ShaykhSulaiman pada hari ini, Khamis (2 Nov), semasa perbincangan mengenai situasi Timur Tengah, telah diputuskan bahawa sistem pertahanan udara tambahan akan ditempatkan di Arab Saudi, susulan  peluru berpandu yang berasal dari Yaman dan menyasarkan Israel melepasi wilayah Saudi.

- Advertisement -

Terdahulu, Menteri pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid bin Salman, dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Rabu (1) di Washington.

Selain hubungan antara kedua-dua negara, Putera Khalid dan Blinken membincangkan usaha meredakan ketegangan di Timur Tengah di tengah-tengah konflik Israel-Hamas yang berterusan di Gaza. – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -