Pilih calon berintegriti selamat dunia akhirat 

Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Wanita memainkan peranan untuk mewujudkan kepimpinan yang berintegriti, bertanggungjawab serta mampu membina keluarga yang berjaya di dunia dan akhirat.

Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff Siti Zailah berkata, peranan tersebut merupakan kesinambungan survival kepimpinan Islam dalam mentadbir negeri agar sentiasa mendapat redha dan naungan daripada Allah SWT. 

- Advertisement -

“Sempena pilihan raya yang bakal menjelang pada 12 Ogos ini, yang mana setiap rakyat di Kelantan khususnya, dan amnya di enam negeri yang berdepan dengan pilihan raya negeri (PRN) akan memilih calon dan parti yang akan meneruskan pentadbiran negara untuk lima tahun akan datang.

“Ruang ini tidak boleh disia-siakan adalah menjadi kewajipan setiap kita untuk memilih kerajaan yang baik dan pemimpin yang baik untuk masa depan anak cucu kita.

“Jadi, saya mengharapkan kepada seluruh rakyat Kelantan khususnya kaum wanita bersama-sama berperanan bagaimana untuk kita mewujudkan kepimpinan yang berintegriti, kepimpinan yang bertanggungjawab, kepimpinan yang mampu untuk membina keluarga kita berjaya dunia dan akhirat,” katanya kepada HarakahDaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, rakyat juga perlu bertanggungjawab untuk memikirkan keselamatan generasi masa depan di akhirat dan bukannya hanya di dunia.

“Di depan kita, ada masa depan kita di akhirat, bukan kita hanya memikirkan keselamatan masa depan di dunia, tetapi kita juga mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan masa depan di akhirat.

“Untuk mencapai ini, pilihan kita mestilah memilih parti yang berjuang untuk menegakkan redha Allah SWT (terutama di bumi Kelantan).

“Kita bersyukur selama 33 tahun berada di bawah kepimpinan PAS Kelantan yang bebas daripada rasuah, judi, tempat-tempat maksiat, pusat-pusat hiburan yang melalaikan. 

“Alhamdulillah, maknanya kita menyediakan infrastruktur yang mesra syariah untuk memastikan supaya amar makruf dapat dilaksanakan dengan jayanya di bumi Kelantan,” katanya lagi.

Beliau yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kerajaan Kelantan turut memainkan peranan dalam usaha mengajak rakyat kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. 

“Banyak program kerajaan seperti bina generasi solat yang diprogramkan sejak zaman Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sampai sekarang terus diperkasakan untuk melahirkan generasi yang taat kepada perintah agama.

“Begitu juga pelbagai program kebajikan yang telah dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Kelantan seperti program cakna aulad, cakna suri, program untuk ibu tunggal, program untuk orang kurang upaya, program bantuan untuk Armalah dan begitu juga  program dengan rakyat termasuk warga emas.

“Ini membuktikan bagaimana Kelantan di bawah pentadbiran dasar membangun bersama Islam mementingkan kebajikan rakyat,” jelasnya.

Seterusnya, beliau juga memastikan supaya Kelantan dapat menjalankan perintah agama dan menjauhi larangan Allah SWT dengan membangunkan negeri selaras dengan Islam itu serta menjaga kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Justeru, beliau meminta agar rakyat Kelantan memainkan peranan untuk memberi undi dengan memangkah parti yang menjamin kesinambungan survival kepimpinan Islam supaya sentiasa i bawah redha dan naungan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 3/8/2023

- Advertisement -