
SEPANG: Seramai 84 orang asnaf telah berjaya diterbangkan bagi menunaikan umrah yang di Tanah Suci Makkah dengan ditaja sepenuhnya oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd (Andalusia Travel) dalam Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 4.0.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel, Dato Md. Daud Che Ngah berkata langkah tersebut adalah untuk memberikan golongan asnaf peluang dalam menunaikan umrah buat pertama kali dalam kehidupan mereka.
“Dengan memberikan bantuan sebegini, kami ingin menunjukkan bahawa Andalusia Travel bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata tetapi turut berkongsi keuntungan yang ada dengan golongan yang memerlukan seperti asnaf,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin dan Ahli Lembaga Pengarahnya, Izzati Ibrahim.
Menurut beliau, Andalusia Travel berharap dengan memberikan bantuan sedemikian dapat menjadikan golongan asnaf sebagai seorang insan yang lebih baik setelah pulang dari menunaikan umrah di Makkah.
“Melalui perkara ini, kami pihak Andalusia Travel ingin menunjukkan kepada setiap rakyat Malaysia bahawa setiap kali kami mendapat keuntungan berlebihan, maka kami akan buat program sebegini walau apa pun sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT,” ujarnya.
Beliau berkata, kos keseluruhan perbelanjaan yang ditaja oleh Andalusia bagi program tersebut mencecah RM900,000.
“Kos tersebut termasuk kos perbelanjaan untuk staf Andalusia yang turut serta dalam menunaikan umrah bersama-sama golongan asnaf berkenaan.
“Pemilihan golongan asnaf tersebut memang dipilih oleh kerajaan Pahang sendiri dan bukannya daripada pihak kami.
“Ini kerana jika kami membuat pemilihan tersebut dikhuatiri berlakunya sifat pilih kasih, masalah pengenalpastian status asnaf dan seumpamanya,” jelasnya.
Turut hadir ialah Pengarah Urusannya, Ibrahim Mat Sin dan Ahli Lembaganya, Izzati Ibrahim.
Izzati pula menyatakan dalam program umrah asnaf untuk hari ini mempunyai sistem penjagaan asnaf tersendiri yang mana seorang petugas akan menjaga 10 orang jemaah tersebut.
“Ini berbeza dengan jemaah-jemaah biasa yang mana sebelum ini seorang petugas akan menjaga 40 orang jemaah kerana ini bertujuan untuk menjaga golongan asnaf ini dengan lebih rapi ketika menunaikan umrah nanti,” katanya yang menambah beliau juga akan menyertai jemaah program tersebut menunaikan umrah kali ini.
Tambah beliau, jemaah bagi prigram itu telah bergerak dari Pahang dengan menaiki dua buah bas yang turut diiringi oleh polis trafik ke Kuala Lumpur semalam sebelum tiba dan berkumpul di lapangan terbang ini.
Sementara itu, seorang daripada jemaah yang turut serta dalam program tersebut, Abdul Sukor Abdul Hamid, 65, berkata dia tidak sangka namanya terpilih.
serta dalam menunaikan umrah kendalian Andalusia Travel kali ini yang bekerja sebagai pemandu jenazah dalam sebuah NGO, Abdul Sukor Abdul Hamid (berumur 65 tahun) berkata dia tidak sangka namanya dipilih dalam menunaikan umrah.
“Namun, apa yang pasti Allah SWT yang pilih dan jika Dia memilih seseorang menjadi tetamu-Nya bagi menunaikan umrah, makan orang yang dipilih itu akan tetap dapat pergi walaupun tidak mempunyai kewangan yang cukup,” katanya yang bekerja sebagai pemandu kereta jenazah.
Seorang lagi jemaah, mantan pekerja Alam Flora Sdn. Bhd., Kamal Rafidi Mohd Zakaria, 64, turut meluahkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pemilihan namanya dalam menunaikan umrah bersama-sama Andalusia Travel.
“Saya berharap dapat menunaikan umrah yang mabrur lebih-lebih lagi dengan usia saya yang sedia ada sekarang dapat beribadah kepada Allah SWT secukupnya,” katanya.
Sementara, seorang lagi jemaah, pesara jabatan awam, Abdullah Daud, 63, turut berasa terkejut tetapi melafazkan kesyukuran yang amat mendalam setelah namanya dipilih menunaikan umrah melalui program tersebut.
“Harapan saya dalam menunai umrah ini, saya akan memperbaiki ibadah-ibadah dengan Allah SWT dan jika umur masih panjang saya berharap dapat kembai menunaikan umrah jika dipilih oleh Jabatan Agama Pahang,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/2023




















