Mardhiyyah tidak gentar hadapi PH 

Mardhiyyah (tengah) kini bersedia masuk ke gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) menjelang 12 Ogois 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur, Alor Setar, Kedah.
- Advertisement -

KUALA KEDAH: Menggalas tanggungjawab sebagai calon pilihan raya bukan satu yang mudah tetapi memerlukan pengorbanan dalam setiap aspek.

Mardhiyyah Johari, 35, peguam muda berkaliber diumumkan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur. 

- Advertisement -

Bertubuh kecil tinggi lampai namun berjiwa besar dan tidak gentar untuk bertarung merampas DUN berkenaan dari tangan Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditemui pada majlis pengisytiharan calon, baru-baru ini kata Mardhiyyah, beliau tidak kekok turun padang bertemu masyarakat kerana kerja-kerja kebajikan seumpama itu sudah sinonim dengannya.

“Ketika saya bertugas sebagai peguam pun, kerja-kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan sudah biasa dilakukan,” katanya.

Mememang amanah selaku Timbalan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, ibu muda dua orang anak itu mempunyai pengalaman yang luas bersama anak-anak muda.

Sejajar pilihan raya di era yang dikatakan gelombang anak muda, penampilannya sangat sesuai bahkan cocok dengan pelbagai lapisan umur dan masyarakat. 

Walaupun tugasan sebagai pengamal undang-undang dan ahli politik ini mempunyai perbezaan tersendiri namun penglibatannya sebagai jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah membiasakannya dengan ‘sepak terajang’ politik terutama dari pihak lawan. 

DUN Pengkalan Kundur menyaksikan pertarungan secara dua penjuru antara calon PN yang diwakili Mardhiyyah menentang penyandang, Dato’ Ismail Salleh (PH). 

Walaupun DUN berkenaan diwakili oleh PH sebelum ini namun gelombang sokongan rakyat kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kemungkinan akan beralih. 

“Di mana saja lawatan saya di  sekitar DUN Pengkalan Kundur berkenaan, gelombang memihak kepada PN amatlah positif, antaranya aura MB kita (Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor),” katanya.

Dalam masa yang sama, menurutnya,, beliau juga perlu melihat apakah keperluan rakyat di DUN berkenaan yang kebanyakannya tinggal di kampung, sekiranya diberi mandat memenangi kerusi Pengkalan Kundur. – HARAKAHDAILY 3/8/2023

- Advertisement -