KUALA KEDAH: Gelombang anak muda yang menyokong PERIKATAN NASIONAL (PN) yang membuktikan gabungan parti tersebut berjaya meraih perhatian golongan berkenaan diharap mampu mengekalkan Kedah di bawah gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Dr Mastura Mohamad berkata, Ameerah yang merupakan salah satu sayap PAS yang menaungi wanita berusia di bawah 40 tahun akan sentiasa menjadikan platform dalam mendekati anak-anak muda, khususnya dari golongan tersebut untuk terus menyokong dan berterusan setia bersama PN.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian penutup program santai Halwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur bersama pelajar PASTI serta waris, di sini, semalam.
Program yang diadakan di PASTI Nurulain, Alor Ibus itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Ameerah Malaysia dan Ahli Parlimen Kuala Kedah yang juga Yang Dipertua PAS (YDP), Dr Ahmad Fakhruddin Fakrurazi.
Dalam program tersebut, pelbagai acara sukaneka menarik diadakan bukan sahaja melibatkan pelajar tetapi juga waris dan hadirin, antaranya isi air dalam botol, tiup belon hingga pecah dan kerusi berirama untuk pelajar PASTI; kukur kelapa, boling buah kelapa dan tarik tali untuk peserta dewasa.
Hadiah kepada para pemenang acara sukaneka disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah, Mardhiyyah Johari.
Mardhiyyah, 35, dikatakan bakal bertanding di kerusi DUN Pengkalan Kundur pada PRN kali ini mewakili PN. – HARAKAHDAILY 26/7/2023