Watak Arab drama Korea cetus kontroversi

Satu adegan drama bersiri Korea Selaran, King the Land yang menampilkan watak Putera Samir (tengah). (FOTO: Netflix)
- Advertisement -

DUBAI: Sebuah drama bersiri romantis-komedi romantis Korea Selatan yang disiarkan di Netflix antarabangsa, King the Land telah mencetuskan kemarahan penonton di Arab Saudi susulan watak Arab yang dilakonkan oleh pelakon India, Anupam Tripathi.

Watak Putera Samir yang digambarkan memakai pakaian tradisional Saudi dan bersantai di sebuah bar di sebuah kelab malam, minum arak sambil dikelilingi oleh wanita, lapor Arab News.

- Advertisement -

Putera itu juga digambarkan sebagai seorang yang sombong, suka menggoda wanita dan sangat kaya, mendorong penonton untuk menuduh penerbit mempromosikan watak stereotaip yang menyinggung perasaan dan tidak adil kepada Saudi.

Dalam satu adegan, putera raja itu  tiba di sebuah hotel dan dihadiahkan dengan gelang simpul tradisional Korea berwarna hijau kerana seperti yang dinyatakan oleh dialog satu watak lain: “Hijau dikaitkan dengan kelimpahan, kesucian dan syurga di dunia Arab Saudi.”

Tindakan penerbit drama untuk menggunakan khidmat lakonan pelakon India untuk melakonkan watak Arab itu turut dikecam.

Sebagai tindak balas kepada kritikan, pembuat rancangan itu berkata bahawa pihaknya ‘tiada niat untuk menyindir atau memutarbelitkan budaya tertentu’  dan pasukan produksi ‘menghormati pelbagai budaya dan akan memberi lebih perhatian kepada pengeluaran’.

Menurut carta Netflix, King the Land kini merupakan  drama bersiri kedua paling banyak ditonton di platform di Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). – HARAKAHDAILY 12/7/2023

- Advertisement -