Garis panduan patuh syariah di Terengganu

- Advertisement -

SEMASA dalam program Townhall Bersama Mahasiswa Anak Terengganu, saya telah ditanyakan mengenai pencapaian Garis Panduan Patuh Syariah untuk sukan, pelancongan, kebudayaan dan hiburan di Terengganu.

Apabila kita melaksanakan benda baru dalam masyarakat kita, garis panduan yang kita laksanakan adalah benda baru. Bila namanya baru maka tentunya ada cabaran dan cabaran paling besar ialah cabaran perubahan minda.

Yang kedua ialah kefahaman masyarakat dalam kes pakaian-pakaian, SOP, panduan pakaian semasa bersukan cabaran kepada ahli-ahli sukan dan cabaran memahamkan industri sukan itu sendiri termasuklah regulator, persatuan sukan dan lain-lain supaya faham.

Apa yang penting ialah bila kita diberikan amanah sebagai khalifah untuk menegakkan agama dan mentadbir urus dunia ini dengannya (agama). Maka perjalanan kita sebagai sebuah kerajaan tidak dapat tidak, melalui proses yang akan ditanya oleh Allah Taala.

Allah Taala dah sebut dah kita sebagai khalifah akan ditanya mengenai apa jua yang kita buat. Kalau kita tahu perkara itu benda yang tak bagus, contohnya buka aurat semasa main sukan, tetapi kita tak buat apa-apa, tak ada sebarang usaha, kita akan ditanya oleh Allah.

Kalau ditanya dalam mahkamah kita boleh jawab. Tanya di balai polis, boleh jawab lagi, kalau JPJ tahan kita di tepi jalan, boleh jawab lagi, tetapi kalau ditanya di hadapan Allah Taala, nak jawab macam mana kalau kita tak berusaha. Atas dasar itulah, kita sebagai sebuah kerajaan, kita berusaha.

10 perkara yang kita nak buat, tak boleh nak buat 10 sekali gus, cuba buat satu persatu. Buat satu, buat dua, kita nilai kefahaman masyarakat, kita nilai kefahaman industri sukan, kita nilai kefahaman pengamal industri hiburan, penyanyi-penyanyi, respon mereka dan kita adaptasi, kita tambah baik daripada itu. 

Di Terengganu 97 peratus adalah orang Islam, Selangor 55 peratus orang Islam, di Sarawak 30 peratus orang Islam, tak sama. Maknanya kita di Terengganu boleh buat, mudah sikit walaupun cabaran masyarakat orang Islam yang faham dan tak faham itu memang agak unik. Tak semestinya mereka faham.

Kalau kita berada di Sarawak, mungkin cara lain pendekatannya. Tinggal lagi kena ada usaha. Jadi cabarannya tetap ada. Ada orang tak faham, ada orang marah dan sebagainya tetapi at the end of the day, bila kita buat ikhlas kerana Allah Taala, maka Allah Taala akan berikan keberkatan.

YAB DATO’ SERI DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu – HARAKAHDAILY 12/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -