
SEDAGHE, dalam tempoh 33 tahun ini, Kelantan telah ditadbir oleh dua orang Menteri Besar;
1990-2013: Tan Sri Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA).
2013-2023: YAB Dato’ Betara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.
Pada era pentadbiran Allahyarham TGNA, pelbagai perubahan telah dilakukan sehingga dasar-dasar Kelantan dijadikan contoh oleh negeri lain.
i) Kelantan menjadi negeri pertama yang menggunakan Bank Islam untuk mengurus wang negeri dan perkenal pinjaman tanpa riba kepada kakitangan kerajaan.
ii) Kelantan menjadi negeri pertama yang meletakkan syarat untuk pekerja-pekerja Muslim menutup aurat.
iii) Kelantan menjadi negeri pertama memberi cuti 2 hari seminggu kepada para pegawai.
iv) Kelantan perkenal Skim Al-It’am, Skim Gerbang Az-Ziwaj, Skim Khairat Kifaalah, bantuan Rumah Dhuafa’ dan pelbagai inisiatif yang terbukti membantu rakyat.
Apa hujah Pemuda Umno untuk menafikan pencapaian Allahyarham TGNA yang telah memerintah Kelantan selama 23 tahun?
Pada era pentadbiran YAB Ustaz Ahmad Yakob pula, YAB telah meneruskan inisiatif sedia ada dan memperbanyakkan projek-projek pembangunan,
i) Lancarkan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) dan Dasar Kelantanku Bersih.
ii) Perkenal Skim Cakna Aulad, Skim Cakna Suri, program Budaya Komuniti Rabbani Kelantan (K-RABB).
iii) Mulakan projek Terminal Bersepadu KB Sentral, naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, bina lebuhraya tanpa tol CSR.
Segala usaha ini digerakkan dan dinikimati rakyat Kelantan dalam keadaan banyak hak negeri dinafi. Orang Kelantan telah rasainya.
Kemenangan semua 14 kerusi Parlimen dalam PRU15 adalah bukti penerimaan rakyat terhadap PAS dan penolakan mereka terhadap PH-BN.
Insya-Allah, PRN kali ini PAS Kelantan akan ulangi kejayaan PRU 1990 di mana PAS menang di semua kerusi DUN. Rakyat Kelantan akan #ppakatpertahan.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre
12 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 12/7/2023




















