
MANDVI, India: Seorang lelaki dan anak lelakinya maut ketika cuba menyelamatkan ternakan mereka di negeri Gujarat, India, lokasi Taufan Biparjoy mendarat pada jam 6.30 petang Khamis waktu tempatan (jam 8.00 malam waktu Malaysia), selepas lebih 182,000 penduduk negara itu dan jirannya, Pakistan melarikan diri daripada laluan ribut siklon itu.
Menurut seorang pegawai kerajaan, selain dua kematian itu, tiga orang cedera di daerah Devbhoomi Dwarka berdekatan, lapor AP.
Taufan tersebut telah memutuskan bekalan kuasa elektrik dan menerbangkan kontena perkapalan ke laut pada hari ini, Jumaat di barat India sebelum menyasarkan angin kencang dan hujan ke sebahagian Pakistan yang pernah mengalami banjir besar tahun lalu.
“Tiupan angin Biparjoy telah menerbangkan pokok-pokok dan tiang elektrik, menyebabkan beberapa kontena perkapalan di pelabuhan Mundra tercampak ke dalam laut, salah satu pelabuhan terbesar di India.
Ketika ia mendarat, ribut siklon itu muncul kelajuan angin 85 kilometer sejam (kph), meluncur sehingga 105 kph melalui kawasan pantai di negeri Gujarat di barat India.
“Tahap penuh kerosakan di India barat belum diketahui dengan segera, namun kira-kira 100,000 penduduk yang dipindahkan di barat India telah dipindahkan buat sementara waktu ke kem bantuan,” kata pihak berkuasa India.
Siklon itu dijangka mulai lemah pada lewat hari ini Jumaat dan bergerak ke arah negeri jiran Rajasthan di India dalam perjalanan ke Pakistan, yang telah berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas memindahkan 82,000 penduduknya
Orang ramai di wilayah itu dilihat beratur untuk menerima makanan yang disumbangkan oleh badan amal, agensi bantuan dan pihak berkuasa tempatan.
Agensi pengurusan bencana kebangsaan Pakistan berkata taufan itu berada 125 kilometer di selatan-barat daya Keti Bandar, sebuah pelabuhan di wilayah Sindh yang dilanda banjir.
“Ribut itu dijangka lemah terlebih dahulu kepada ribut siklon dan kemudian kepada lekukan menjelang petang ini,” katanya.
Jabatan Meteorologi India berkata, Taufan Biporjoy telah mencatatkan rekod jangka hayat paling lama di atas Laut Arab dengan jangka hayat atau lebih daripada 10 hari berbanding Siklon Kyarr pada 2019 di atas Laut Arab yang mempunyai hayat selama 9 hari.
Sementara kerajaan Gujarat pula menyatakan bahawa ia telah mengerahkan 184 skuad bertindak pantas untuk menyelamatkan haiwan liar dan membersihkan pokok tumbang di Taman Negara Gir, yang menempatkan hampir 700 singa Asia. – HARAKAHDAILY 16/6/2023




















