Ramai pelajar cemerlang di Kelantan dari keluarga B40

Azhar (belakang, lima dari kanan) dan Mohammad Ahmad Shazly Ramli (belakang, enam dari kanan) alam majlis Memperkasakan Ilmu: Back To School anjuran Yayasan Petronas di Kota Bharu pada hari ini, 15 Jun 2023.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Ramai pelajar cemerlang di Kelantan terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Azhar Salleh berkata, walaupun keluarga mereka miskin, namun mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

Menurutnya, ia termasuklah bekas pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Muhammad Syahril Saidi yang mendapat 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  baru-baru ini.

“Biarpun sibuk menjaga arwah ibunya namun masih mampu cemerlang dalam pelajaran. Beliau juga cemerlang peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

“Masih ada lagi pelajar seperti Syahril yang pintar, namun keluarga mereka hidup susah. Golongan itu perlu diberi perhatian,”  katanya dalam majlis  Memperkasakan Ilmu: Back To School anjuran Yayasan Petronas, di sini.  hari ini. 

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong turut memuji langkah Petronas dan yayasannya sentiasa membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan menyalurkan sumbangan kelengkapan sekolah.

“Saya mendapat maklumat seramai 2,520 pelajar dari seluruh Kelantan menerima sumbangan Back To School 2023 (BTS 2023) yang dianjurkan Yayasan Petronas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, seramai 21,000 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima BTS 2023 di seluruh negara. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -