Tangga gaji jururawat wajar dikaji semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata, kebanyakan jururawat tempatan berhijrah ke luar negara kerana menerima tangga gaji yang lebih lumayan.

- Advertisement -

“Pada November 2022, maklum balas dari 103 hospital, kita memerlukan kira-kira 9,224 jururawat sehingga 2025.

“Kekurangan jururawat bukan sahaja berlaku di hospital swasta, malah hospital kerajaan kerana beberapa faktor termasuk soal kebajikan jururawat, terutama gaji,” katanya ketika membahaskan Usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Salamiah berkata, seorang jururawat negara ini, Nurul Wahida Osman yang bertugas di Hospital Riyadh selama tujuh tahun menceritakan pengalamannya menerima layanan terbaik di Arab Saudi.

“Sehingga mereka disediakan kemudahan tempat tinggal, pengangkutan percuma ke tempat kerja, kad kesihatan dan tiket penerbangan serta boleh membawa ahli keluarga ke sana,” katanya.

Beliau mencadangkan agar isu kekurangan jururawat di negara ini diselesaikan tanpa perlu mengambil jururawat luar negara.

“Ini kerana institusi pengajian tinggi awam dan swasta kita menawarkan bidang ini di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Buka peluang latihan kepada lebih ramai yang berkelayakan serta meminati bidang ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -