PASTI Arau rai Aidilfitri, Hari Guru serentak

- Advertisement -

KANGAR: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Arau telah meraikan Hari Guru pada tahun ini yang diadakan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023.

Pengerusinya, Abd. Hadi Halipah berkata, pihak beliau mengambil kesempatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini  dengan turut engadakan sambutan Hari Guru yang pada saban tahun disambut saban tahun menjelang 16 Mei.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, kesempatan sambutan hari raya pada tahun ini kita adakan sekali sambutan Hari Guru,” katanya dalam majlis yang  diadakan di Dewan Residensi Kangar, Kediaman Rasmi MB Perlis, di sini, semalam.

Seramai 70 orang guru daripada 14 buah PASTI diraikan dengan pemberian cenderahati daripada pihak PAS kawasan dalam majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi.

Turut hadir menyerikan majlis Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin; Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Speaker Dun Perlis, Rusele Eizan serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Menurut beliau, majlis sambutan Hari Guru berkenaan diadakan bagi menghargai pengorbanan guru-guru PASTI, khususnya di kawasan Arau yang banyak berkorban mendidik anak-anak.

“Mereka ini walaupun diberi gaji yang kecil, tetapi mereka tidak berkira dalam mencurahkan bakti mendidik anak-anak,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -