Lebih 5,000 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Sabah berlangsung dengan penuh meriah apabila dikunjungi lebih 5,000 pengunjung.

Pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat telah memenuhi Dataran Golden Center, Putatan, di sini seawal jam 9 pagi semalam untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri pada kali ini. 

- Advertisement -

Pelbagai juadah raya dihidangkan seperti lemang, ketupat, pelbagai jenis lauk-pauk dan kuih-muih serta dihiburkan dengan persembahan nyanyian nasyid.

Beberapa pimpinan rakan-rakan parti dan golongan agamawan turut bersama memeriahkan sambutan Aidilfitri berkenaan.

Turut hadir ialah Presiden Parti SAPP, Datuk Yong Teck Lee: Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah, Jamain Sarudin; Timbalan Mufti Negeri Sabah, Ustaz Manaf Lakariba; Yang Dipertua USIA, Datuk Haji Sapawi serta pelbagai pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin pembangunan masyarakat (PPM).

Pengarah Rumah Terbuka Aidilfitri, Dr. Aliakbar Gulasan berkata penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kepimpinan PAS dan juga masyarakat awam sama ada Islam atau bukan Islam.

“Kita melihat perlunya PAS mendekati masyarakat dan juga supaya rakyat nampak bahawa PAS sebenarnya wujud di negeri Sabah ini

“Kita sentiasa bersama menyantuni masyarakat supaya masyarakat tidak lagi berasa asing bersama PAS,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -