
KUALA LUMPUR: Penjenayah yang melakukan pembunuhan bersiri sama sekali tidak boleh diberi layanan istimewa untuk layak diberikan pengampunan.
Senator Hussin Ismail berkata, walaupun pembunuh bersiri telah dihukum tetapi siri pembunuhan yang dilakukannya masih belum selesai.
“Berhubung dengan pembunuhan bersiri, saya rasa kita tidak perlu memberi ruang kepada mereka ataupun tidak perlu dilayan permohonan semakan untuk mereka.
Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 di Dewan Negara, di sini, hari ini.
“Sebab pembunuh bersiri ini entah dia dihukum, sirinya belum selesai. Dalam waktu yang sama mungkin juga pembunuh ketagih ini akan keluar nanti dan meneruskan ‘kerja’ ini (pembunuhan bersiri).
“Perbincangan 90 hari semakan hukuman harus difikirkan kerana perkara ini melibatkan kesan kepada emosi keluarga mangsa yang telah menghadapi bencana,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/4/2023




















