Saudi, UAE kutuk tentera Israel serbu Masjid Al-Aqsa

Seorang jemaah wanita di hadapan barisan tentera Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis pada 5 Mac 2023. (FOTO: L'Orient Today)
- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi mengecam tindakan jahat dan kejam tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Rabu (5 Mac), menyerang dan mencederakan sekurang-kurangnya 12  jemaah dan menangkap kira-kira 350 yang lain.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Mac) kementerian itu ‘menyatakan kecaman dan penolakan kerajaan Saudi’ terhadap penyerbuan secara terang-terangan di pekarangan Masjid Al-Aqsa dalam bulan Ramadan, lapor Saudi Press Agency (SPA).

- Advertisement -

“Amalan ini melemahkan usaha damai, dan (Kerajaan) menegaskan semula kedudukan teguhnya dalam menyokong semua usaha yang bertujuan untuk menamatkan pendudukan dan mencapai penyelesaian yang adil dan menyeluruh untuk perjuangan Palestin,” tambah kenyataan itu.

“Tindakan sedemikian melanggar prinsip dan norma antarabangsa mengenai penghormatan terhadap kesucian agama,” kata kenyataan itu.

Polis Israel menyerang berpuluh-puluh jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis sebelum subuh pada Rabu (5 Mac), kata saksi, selepas menyerbu masuk.

Insiden itu mencetuskan bantahan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan tentera Israel berkata sembilan roket dilepaskan dari Gaza ke arah Israel selepas siren berbunyi di bandar-bandar selatan.

Emiriah Arab Bersatu (UAE)  juga mengutuk sekeras-kerasnya penyerbuan masjid Al-Aqsa oleh polis Israel pada Rabu.

“UAE menyeru pihak berkuasa Israel untuk menghentikan peningkatan dan mengelak daripada memburukkan lagi ketegangan dan ketidakstabilan di rantau ini,” kata kementerian luar negara utu  dalam satu kenyataan.

Jordan dan Mesir, dua negara yang terlibat dalam usaha yang disokong AS baru-baru ini untuk meredakan ketegangan antara Israel dan Palestin, turut mengeluarkan kenyataan berasingan mengutuk insiden itu. – HARAKAHDAILY 6/4/2023

- Advertisement -