Saintis isytihar dua gunung berapi Hawaii tak aktif

Orang ramai melihat aliran lava Gunung Berapi Mauna Loa di Hawaii pada 1 Dis 2022 selepas ia mula meletus pada 27 Nov 2022. (FOTO: AP)
- Advertisement -

HONOLULU: Saintis Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa dua buah gunung berapi di Hawaii, salah satunya yang sebelum ini telah memusnahkan ratusan kediaman penduduk pada tahun 2018 sebagai sudah tidak aktif. 

- Advertisement -

Balai Cerap Gunung Berapi Hawaii dari US Geological Survey dalam satu kenyataan pada Selasa (13 Dis) berkata, dua buah gunung berapi tersebut masing-masing ialah Kilauea dan Mauna Loa kini dilabelkan sebagai ‘sudah lagi akan meletus’ pada masa hadapan, lapor AP.

Mauna Loa yang merupakan gunung berapi terbesar di dunia mula memuntahkan lava batuan cair pada 27 Nov lepas selepas tidak aktif selama 38 tahun, manakala Kilauea yang meletus pada 2018 telah mengalirkan lava menghampiri ke lebuh-lebuh raya Pulau Besar Hawaii.

Aliran lava hasil letusan Gunung Berapi Kilauea yang dirakam pada 6 Mei 2018 telah memusnahkan lebih 700 kediaman penduduk pulau Hawaii. (FOTO: EPA/Shuttershock)

Saintis Balai Cerap berkenaan, Kan Hon berkata bahawa tempoh rehat (daripada meletus) Mauna Lao itu adalah yang paling lama, manakala Kilauea kali terakhir meletus pada 19 Jun 2022.

“Ketika ia meletus pada 2018, Kilauea telah memusnahkah lebih 700 kediaman penduduk,” ujar Hon.

Menurutnya, lava Mauna Loa tidak menimbulkan ancaman kepada komuniti di Hawaii, tetapi berada dalam jarak 1.7 batu (2.7 kilometer) dari lebuh-lebuh raya utama yang menghubungkan bahagian timur dan barat pulau itu.

“Letusan Mauna Loa pada 27 Nov –  yang berlaku pada kira-kira dua minggu lepas itu ‘sangat indah’, dan orang ramai dapat melihat aliran lavanya telah menghilangkan kesan lava terdahulu; dan yang paling penting, ia tidak merosakkan sebarang infrastruktur utama atau  menjejaskan kehidupan penduduk Hawaii,” katanya dalam taklimat pada Selasa.

Letusan Gunung Berapi Mauna Loa yang dirakam dari kejauhan pada 30 Nov 2022. (FOTO: Reuters)

Sementara menurut Pengarah Pertahanan Awam Daerah Hawaii, Talmadge Magno,  laluan sehala yang dibuka untuk menguruskan lalu lintas bagi ramai orang yang menonton kesan  Mauna Loa akan ditutup kepada umum pada Khamis (22 Dis).

Magno dan pegawai-pegawai daerah lain di Hawaii bagaimanapun telah memberi amaran bahawa lava yang bergerak perlahan boleh memaksa penutupan Jalan Saddle, yang juga dikenali sebagai Laluan 200 atau Lebuhraya Daniel K. Inouye.

“Ia mendorong pemandu-pemandu kenderaan untuk bersiap sedia menghadapi  daripada penutupan laluan berkenaan yang boleh menambah tempoh  masa untuk berulang-alik di laluan pantai alternatif.

“Walau apa pun, ini mungkin situasi terbaik yang boleh kami hadapi daripada (letusan) Mauna Loa setakat ini,” ujar Magno.

Gunung Berapi Kilauea kali terakhir meletus pada 19 Jun 2022. (FOTO: AP)

Di sebalik kenyataan muktamad itu, Hon bagaimanapun berkata secara amnya terdapat tempoh ‘bertenang’ selama tiga bulan sebelum saintis menganggap letusan kedua-dua gunung berapi berkenaan telah berakhir.

“Belum lagi dalam ada dalam sejarah letusan keretakan Mauna Loa yang berhenti seketika dan kemudian meletus dalam masa terdekat.

“Jadi, kami berasa cukup yakin bahawa letusan di Mauna Loa  sebenarnya telah berhenti dan mungkin sudah berakhir,” jelas beliau.

Namun Hon berkata, masih tidak jelas kaitan kedua-dua gunung berapi berkenaan berhenti daripada meletus pada masa yang sama. 

Seorang lelaki melihat dari dekat aliran lava di atas jalan raya hasil daripada letusan Gunung Berapi Kilauea di Pahoa, Hawaii pada 7 Mei 2018 (FOTO: AP)

“Letusan di Kilauea sudah berkurangan, manakala letusan Mauna Loa telah menyebabkan perubahan fizikal yang mencukupi untuk menghentikannya, atau mungkin baru sahaja ia berhenti (meletus) dengan sendirinya. 

“Jadi, kami tidak mempunyai jawapan sebenar tentang kenapa kedua-dua Kilauea dan Mauna Loa kini berhenti meletus dalam masa yang lebih kurang sama,” ujarnya lagi.

Namun saintis akan berterusan memantau  data untuk mengkaji hubungan antara kedua-dua gunung berapi tersebut dan perkembangan terkininya dari semasa ke semasa.

“Balai cerap akan berterusan memantau kedua-dua Kilauea dan Mauna Loa untuk mengesan kewujudan aktiviti-aktiviti baharu letusan,” kata Hon. – HARAKAHDAILY 14/12/2022

- Advertisement -