Elon Musk hilang gelaran ‘manusia terkaya dunia’

Bernard Arnault (kiri) dan Elon Musk. (FOTO: India Post English)
- Advertisement -

NEW YORK: Tokoh perniagaan, bilionair Elon Musk hilangan gelaran sebagai manusia terkaya di dunia  pada Selasa (13 Dis) kepada Bernard Arnault, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kuasa gergasi fesyen Perancis, LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton (LMVH).

- Advertisement -

Arnault, 73, disenaraikan sebagai individu terkaya di dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih aset kekayaan terkininya mencecah AS$191.2 bilion (RM844.2 bilion), manakala Musk menduduki tempat kedua dengan AS$185.1 bilion (RM817.2 bilion) sehingga jam 10.15 pagi 13 Dis 2022 (waktu Amerika Syarikat), lapor Anadolu Agency.

Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, SpaceX dan Twitter berusia 51 tahun itu telah memegang gelaran menusia terkaya di dunia  sejak September 2021 apabila kekayaannya ketika itu mengatasi pengasas dan bekas CEO Amazon,  Jeff Bezos.

Kemerosotan dalam aset keseluruhan kekayaan Musk, kebanyakannya terikat kepada saham Tesla, berlaku sehari selepas pembuat kereta elektrik Tesla melihat harga sahamnya menjunam 6.3 peratus.

Musk memiliki sekitar 14 peratus saham Tesla dan lebih daripada 40 peratus kepentingan dalam SpaceX, yang merupakan firma swasta, manakala Arnault memiliki kira-kira 60 peratus saham LVMH.

Nilai pasaran Tesla adalah sekitar AS$520 bilion pada Selasa (13 Dis), manakala LVMH lebih daripada AS$370 bilion. – HARAKAHDAILY 14/12/2022

- Advertisement -