Serangan di Milan: Pekerja Carrefour maut, pemain Arsenal FC cedera

Penyerang Arsenal FC, Pablo Mari mengalami luka yang dalam di bahagian belakangnya dalam insiden serangan di pusat beli-belah di Assago, berhampiran Milan, Itali pada 27 Okt 2022. (FOTO: LBC)
- Advertisement -

Susunan NORHANA MAT ZIN

- Advertisement -

MILAN, Itali: Seorang pekerja Carrefour maut dan empat lagi cedera termasuk pemain bola sepak Arsenal FC, Pablo Mari dalam satu serangan di sebuah pusat beli-belah berhampiran Milan.

Menurut seorang pegawai tempatan, suspek warga Itali berusia 46 tahun yang melakukan serangan pada Khamis (27 Okt) waktu tempatan itu telah ditahan, lapor Ary News TV.

“Namun, tetapi motif serangan yang berlaku di sebuah pasar raya di bandar Assago di luar Milan tidak dapat diketahui dengan jelas.

“Suspek mengalami masalah psikologi, telah ditangkap serta-merta selepas seorang terbunuh dan empat lagi cedera, termasuk pemain bola sepak Arsenal FC, Pablo Mari.  

Pihakj polis berkata, dalam insiden itu menyebabkan seorang warga Bolivia berusia 47 tahun yang bekerja di pasar raya Carrefour di pusat beli-belah itu terbunuh. 

Menurut laporan itu lagi, lelaki berkenaan telah mengambil pisau dari rak di pasar raya Carrefour di pusat beli-belah itu dan mula menyerang orang ramai secara rawak.

Presiden Wilayah Lombardy, Attilio Fontana mengucapkan terima kasih kepada pekerja pusat beli-belah itu selain orang ramai dan polis yang bergabung tenaga untuk menghentikan serangan lelaki itu, dan juga kepada kakitangan perubatan yang membantu mangsa-mangsa.

Menurut agensi berita Sky Italy, kecederaan yang dialami Pablo Mari, 29, yang merupakan penyerang pertahanan tengah Sepanyol untuk kelab bola sepak Monza yang dipinjamkan dari kelan Arsenal AC agak serius.

Ketua Eksekutif Monza, Adriano Galliani memberitahu bahawa Mari mengalami luka yang agak dalam di bahagian belakangnya. 

“Pablo Mari telah ditumbuk lelaki yang melakuklan serangan di bahagian mukanya sebelum dia ditikam di belakang tubuhnya, namun beliau selamat disebabkan oleh ketinggiannya yang mencecah 6 kaki 4 inci (193.4 sentimeter.

Dalam satu tweet, Ketua Eksekutif kelab London Utara Arsenal FC itu juga berkata, Mari sedang menerima rawatan di Hospital Niguarda dan memaklumkan kepada Galliani bahawa dia akan kembali menjalani latihan pada hari Isnin.

“Pablo Mari bernasib baik kerana serangan yang dilakukan oleh lelaki gila itu tidak menyentuh organ pentingnya seperti paru-paru atau lain-lain. Nyawanya tidak dalam bahaya, dia dijangka pulih dengan cepat.

“Kkami mendoakan anda (Pablo Mari) kembali sihat, dan terus berjuang seperti yang anda tahu bagaimana untuk melakukannya, anda adalah seorang pahlawan dan anda akan sembuh tidak lama lagi.” 

Pasar raya Carrefour itu turut  mengesahkan kematian salah seorang pekerjanya dalam serangan tersebut.

“Pihak kami sangat sedih dengan berita kematian seorang pekerja kami dalam serangan tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan mangsa-mangsa lain yang turut cedera,” ujar satu kenyataan pasar raya berkenaan. – HARAKAHDAILY 28/10/2022

- Advertisement -