
PEMBUBARAN Parlimen sudah pun berlaku, kini tiba masanya untuk kita memilih kepimpinan politik bagi menerajui Bangi. Sinonimnya bila disebut Bangi, sudah pasti ia dekat dengan kaum Melayu. Sebenarnya lebih 80 peratus penduduk asal Bangi terdiri daripada kaum Melayu yang mendiami kampung-kampung di sekitarnya. Selebihnya pula terdiri dari kaum Cina dan India.
Dikatakan pula, pekan Bangi dibuka awal abad ke-20 kemungkinan pada tahun 1906, dengan terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu seperti Kedai Songkok dan Capal, kedai kopi, kedai Candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya.
Namun pada PRU14, P102 Bangi telah dimenangi oleh Dr. Ong Kian Ming dari Parti DAP dengan mendapat undi sebanyak 102,557 berbanding Ustaz Shafie Ngah dari PAS hanya mendapat undi sebanyak 33,789 sahaja.
Ini bukan soal rasis tetapi soal kesejahteraan dan simbol kepimpinan politik yang perlu menerajui Bangi yang terkenal dengan Bangi Bandar Ilmu serta berpusatnya NGO-NGO Islamik di sini. Adakah kita hendak kepimpinan politik Bangi diterajui oleh parti yang berteraskan sekular dan sosialisma? Sudah pasti ia amat tidak sesuai di Bangi!
Walaupun kita tahu amat mencabar untuk mengalahkan parti DAP di Bangi yang mana jumlah pengundi di P.102 Bangi ini berjumlah 300,943 orang, yang terdiri daripada Melayu 155,571 orang (51.7 peratus), Cina 114,740 orang (38.1 peratus) dan India sebanyak 30,559 orang (10.2 peratus). Melihat kepada komposisi kaum ini memang sangat sukar untuk mengatasinya. Namun begitu kita dapati parti DAP sedang cuba menaikkan dan mempromosi bakal calonnya adalah dari kaum Melayu. Ini menunjukkan akan kegusaran mereka terhadap penolakan pengundi Melayu terhadap mereka.
Oleh itu PAS Bangi mengajak seluruh rakyat Bangi, NGO-NGO, parti politik Melayu serta parti non-Malay yang tidak ekstrem mari bersatu, memastikan kali ini kepimpinan politik Bangi mestilah diterajui oleh kepimpinan politik Islam agar Bangi boleh terus maju, sejahtera dan berdaya saing serta harmoni bersama pelbagai kaum yang ada di Bangi.
Ayuh jentera PAS! Kita bekerja bersungguh-sungguh kali ini bagi memastikan kemenangan di pihak kepimpinan politik Islam. Tidak mustahil, Allah segala-segalanya!
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.”
(Yā-Sīn: 82)
Daripada:
PENGARAH
Jentera Pilihanraya PAS Bangi
13 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 13/10/2022




















