Tiga kakitangan FAM berguru di Korea Selatan

Kakitangan FAM mendengar penerangan pensyarah Korea Selatan
- Advertisement -

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar tiga kakitangan selama 10 hari ke Seoul, Korea Selatan, untuk mengikuti program Klinik Latihan Pengurusandan Prestasi Atlet.

Mereka ialah Ketua Unit Perubatan dan Sains Sukan FAM, Sivansvaran Suppiah; fisioterapis, Harris Zafran dan Penolong Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Park Bobae.

- Advertisement -

Penyertaan mereka dalam program itu adalah menerusi cadangan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam usahanya untuk memperkasakan program latihan dan penyediaan pemain menjelang Kem Latihan Pusat Kebangsaan akan datang.

Antara agenda program sepanjang berada di Seoul, termasuk berkaitan Teknik Pelepasan Muka Atlet, Teknik Mobilisasi Sendi dan Saraf, Latihan Pemulihan Neuromuskular, Latihan Peningkatan Kepantasan dan Kuasa serta Aplikasi Sains Sukan kepada Pengurusan Atlet yang dikendalikan oleh pensyarah Jabatan Sains Senaman, Universiti Willamette, Dr Junggi Hong.

Kakitangan FAM mengikuti sesi praktikal berkaitan senaman

FAM berharap ilmu yang diperoleh itu akan memberi manfaat dalam tugasan mereka bersama pasukan kebangsaan. – FAM

- Advertisement -