Bila penduduk ‘diimport’ jadi jurucakap isu luar mukimnya

- Advertisement -

SAYA begitu hairan bagaimana boleh pembohongan boleh dilakukan di ‘siang hari’.

Saya hairan apabila dilaporkan oleh media dan penulis yang sama tapi melaporkan maklumat dengan pembohongan.

Bagaimana mungkin orang Bagan Ajam boleh jadi jurucakap untuk penduduk Bertam dan mengaku diri seolah-olah penduduk Bertam?

Buktinya sangat jelas, orang Bagan Ajam ini pernah mewakili nelayan menyatakan bahawa tambakan laut Bagan Ajam ini menjejaskan nelayan, namun dalam masa yang sama sebagai orang luar datang ke Bertam dan bercakap seolah-olah penduduk tempatan.

Lalu penulis laporan berita tersebut melaporkan pembohongan tersebut. Ya mungkin bukan salah penulis tapi apakah penulis tersebut tiada ‘common sense’ atau hati budi yang tulus?

Masyarakat kita terus berpecah setelah segenap peringkat struktur menjadi ‘korup’ integriti dalam menyatakan kebenaran.

Apakah motivasi yang mereka ada sehingga hilang daya pertimbangan akal budi lalu bersekongkol dengan pembohongan?

Laporan 27 Julai 2022 menyatakan bahawa beliau orang Bagam Ajam dan sebulan selepasnya 23 Ogos 2022, penulis berita yang sama melaporkan jurucakap isu sebagai wakil penduduk Bertam pula. 

Kalau laut tempat mencari rezeki bakal dikambus tergadai, mengapa harus kelihatan dengki menipudaya sampai tempat orang lain tergadai ketenangan kerana pembangunan yang tak seimbang. 

Kita tak suka orang aniaya kita, tapi kita aniaya orang. Kita ikut skrip tauke, untungnya secupak, ruginya segantang. Kita skru sesama kita. Siapa rugi siapa untung.

Begitulah akhirnya, terlaksanalah skrip ‘Marhaen skru marhaen’ yang diidamkan oleh politik tauke-tauke yang memegang pundi-pundi emas yang boleh membeli sesiapa sahaja yang mereka mahu dalam segenap lapisan struktur sosial. 

Kalau nak dikata Telus , Tulus dan Berintegriti, bagaimana mungkin boleh menyebarkan maklumat tak benar.

Semua seolah-olah menjadi alat-alat tauke berkuasa mengawal negeri bertuah ini. Begitulah cebisan kecil kisah the ugly truth bagaimana daulah terpendam mengawal tanah air bertuah yang sukar diungkap panjang di tinta untuk tatapan khalayak.

ZIKRULLAH ISMAIL – HARAKAHDAILY 24/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -