KSN lawat projek KESBAN 60 peratus siap

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Sehingga 15 Julai 2022, kemajuan keseluruhan fizikal kerja-kerja di tapak Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) fasa satu mencapai 60 peratus.

Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali yang mengadakan lawatan kerja ke lokasi bersempena kehadirannya pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kelantan, Sabtu lalu.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua-ketua jabatan kerajaan pusat dan negeri.

Projek pembinaan yang dikawal selia Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membabitkan jalan dari Pengkalan Kubor ke Sungai Lanchang, Pasir Mas itu bernilai RM656 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Pembinaan fasa satu membabitkan Tebatan Banjir Sungai Golok sepanjang 26 kilometer, Ban Sungai Lemal Lanchang sepanjang 19.84 kilometer dan Ban Sungai Mentua Bunding 8.1 kilometer.

“Besar harapan saya agar projek ini dapat berjalan dengan baik sehingga siap sepenuhnya demi manfaat dan kemudahan kepada rakyat kawasan Rantau Panjang.

Terima kasih juga kepada semua yang terbabit atas keprihatinan dan sokongan dalam memastikan kelangsungan dan kelancaran projek ini,” kata YB Dato’ Siti Zailah ketika dihubungi. – UPKN

- Advertisement -
- Advertisement -