Kelantan jayakan inisiatif Low Carbon City

- Advertisement -

KEJAYAAN melaksana inisiatif Low Carbon City (LCCC) 2030 Challenge di bawah Malaysian Greentech Technology Corporation (MGTC) oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) diraikan dengan gemilang pada 17 April 2022 yang lalu. 

- Advertisement -

Majlis Pelancaran Projek Pengurusan Sisa Lestari Black Soldier yang diusahakan oleh MDTM di bawah Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air ini pasti menggembirakan Exco Kerajaan Tempatan, Dr Izani Husin. 

Tentera Hitam Lalat atau Black Soldier Fly (BSF) adalah spesis lalat yang terdapat di di kawasan iklim tropika. Larva spesis lalat ini membantu melupuskan pelbagai jenis sisa buangan organik harian.

Sisa organik ini adalah jenis sisa terbesar yang menyumbang 35 peratus hingga 65 peratus daripada keseluruhan sisa yang akan dilambakkan di tapak pelupusan. 

Jika sekurang-kurangnya sisa organik 35 peratus ini dapatkan dikurang, sudah tentu Exco Kerajaan Tempatan yang mengurus sisa pepejal secara menyeluruh tersenyum gembira. 

Apabila jumlah sisa pepejal yang masuk ke tapak pelupusan, bermakna jangka hayat tapak tersebut akan bertambah dan penjimatan kos mengurus dapat dikurangkan dan bebanan terhadap alam sekitar sudah tentu juga berkurangan.

Dalam mencapai apa yang ada kini, komitmen Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar juga tinggi. Portfolionya memperuntukkan sebanyak RM60,000 bayaran penyertaan bagi seluruh 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada Kelantan memohon geran GeRAK. 

Alhamdulillah, akhirnya kelmarin Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kelulusan geran sebanyak RM2.94 juta bagi keseluruhan 12 PBT yang terlibat termasuk MDTM. 

Dalam ucapan aluan Ustaz Tuan Saripuddin pula, menyatakan proses libat urus ke arah pembangunan mampan dan inisiatif kelestarian alam ini bermula sejak 2014 lagi. 

Kelantan Utilities Mubaraakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai agensi penting yang menjadi ‘enabler‘ untuk membawa agenda pembangunan mampan serta membangunkan teknologi hijau di Negeri Kelantan. 

KUM berperanan sebagai platform yang menghubungkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Kelantan dengan para pemain utama dalam industri teknologi hijau ini.

Kerajaan negeri melibatkan diri dengan International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) bertemu dengan ejensi seperti MIGHT (The Malaysian Industry-Government Group for High Technology). MIGHT ialah badan pemikir teknologi bebas bukan berorientasikan keuntungan (non-profit) di bawah di bawah bidang seliaan Jabatan Perdana Menteri. 

Beberapa tahun siri libat urus dibuat dan antaranya Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Ekspo Hijau yang dikelolakan oleh UPEN (Unit Pembangunan Ekonomi Negeri), KUM dan MIGHT yang akhirnya menghasilkan Pelan Induk Pembangunan Mampan (PIPM) Negeri Kelantan pada tahun 2019.

Pada tahun 2020, PIPM telah dilancarkan oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan. Pada tahun 2021 pula, Town Hall PIPM bersama seluruh PBT telah dilaksanakan supaya idea besar PIPM dapat diterjemahkan ke peringkat kerajaan tempatan dan seterusnya turun kepada rakyat. 

Akhirnya 2022 membuahkan hasil gemilang. Projek Pengurusan Sisa Lestari BSF yang mula dipopularkan di Kelantan ini akan menjadi pemangkin terhadap PBT seluruh Malaysia dalam menangani masalah pengurusan sisa organik dalam kawasan masing-masing.

Pengumuman Menteri Alam Sekitar dan Air, bahawa ia akan menjadi penyelesaian peringkat Malaysia bagi menghadapi kesan perubahan iklim apabila pelepasan gas rumah dapat dikurangkan. 

Secara praktikal, projek BSF oleh MDTM sahaja memberi manfaat kepada kira-kira 27,000 penduduk Bandar Tanah Merah dan sekitarnya. 

Manakala, anggaran potensi pengurangan karbon mencecah 1,070 tan karbon dioksida setara setahun bersamaan dengan nilai penyerapan karbon dalam setahun oleh 26,750 pokok teduhan yang telah matang. 

Ini hanya anggaran potensi baru satu PBT. Perlu diambil maklum projek BSF ini sedang diperluaskan kepada Majlis Daerah Dabong (MDD), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Tumpat (MDT).

Selain itu, pendekatan projek BSF ini juga dapat menghasilkan baja kompos bagi menggantikan penggunaan baja kimia bagi memperkukuhkan agenda sekuriti makanan secara mampan dan lestari. 

Begitulah kisahnya komitmen berterusan daripada kepimpinan politik, sokongan yang baik daripada agensi dan kerjasama baik daripada semua PBT di Negeri Kelantan. 

‘Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.’

Bukanlah kepimpinan semua peringkat di Negeri Kelantan tak mampu selama ini. Namun, apabila telah ada peluang dan ruang diberikan secara wajar akhirnya sesuatu yang memberi impak pasti dapat terhasil. 

ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
20 April 2022 – HARAKAHDAILY 20/4/2022

- Advertisement -