Majoriti penduduk Singapura masih sokong hukuman mati

Bangunan Mahkamah Agung Singapura. (FOTO CNA)
- Advertisement -

SINGAPURA: Majoriti penduduk Singapura masih menyokong hukuman mati dan bersetuju bahawa hukuman mati menghalang jenayah serius di negara itu.

Menteri Dalam Negeri, K Shanmugam berkata demikian di Parlimen pada Khamis (3 Mac), memetik penemuan awal daripada tinjauan yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri (MHA), tahun lalu, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya.

- Advertisement -

Beliau menjawab soalan sama ada rakyat Singapura terus menyokong atau tidak hukuman mati ke atas pesalah jenayah berat di negara itu.

“Mengenai persoalan sama ada hukuman mati mandatori sesuai untuk jenis jenayah, 81 peratus responden berkata ia sesuai untuk jenayah pembunuhan dengan sengaja, 71 peratus berkata ia sesuai untuk kesalahan senjata api, 66 peratus berkata ia sesuai untuk pengedaran dadah.

“Dan lebih daripada 80 peratus juga percaya bahawa hukuman mati telah menghalang pelakuan jenayah kesalahan tersebut  di Singapura,” jelas Shanmugam,

Walaupun penemuan tinjauan itu masih di peringkat awal, Shanmugam berkata ia diberikan kepadanya dengan ‘tahap keyakinan yang munasabah. 

“Tinjauan  berkenaan  juga akan didedahkan kepada umum apabila ia dimuktamadkan,” ujarnya.

Tinjauan awal sebelum itu pada 2019 , juga dijalankan oleh MHA, menunjukkan sokongan ‘sangat kuat’ dalam kalangan rakan negara itu terhadap  hukuman mati.

“Walau bagaimanapun, dalam tinjauan tersebut, sokongan warga muda Singapura untuk hukuman mati bagi pengedar dadah lebih rendah daripada purata nasional,” katanya. – CNA

- Advertisement -