Biden tiada hak campur tangan hal ehwal dalaman Saudi – Putera Mohammed

- Advertisement -

RIYADH: Arab Saudi menegaskan Amerika Syarikat tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu.

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu berkata demikian, sambil menekankan beliau  mengambil sikap enggan peduli terhadap pandangan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai dirinya.

- Advertisement -

“Ini tentang kita orang Arab Saudi, dan tiada siapa boleh berbuat apa-apa tentang itu. Jika anda percaya bahawa anda mempunyai pandangan dan nilai sosial yang betul dan jika ia kuat, maka anda akan mendapat kemenangan tanpa menekan kami.

“Biar beta berikan satu contoh. Kami tidak menyingkirkan sistem perhambaan 60 atau 70 tahun yang lalu kerana kami tidak mempunyai sebarang tekanan mengenai perkara itu. Tetapi kita mempunyai pengaruh yang baik dari negara luar.”

Menurut beliau, warga Saudi belajar di luar negara, dan dengan syarikat Amerika Syarikat, dengan syarikat Eropah,  dan syarikat (luar negara) yang berbeza-beza datang dan bekerja di Arab Saudi. 

“Pengaruh mereka (syarikat dari  luar negara)  sangat kuat. Kami menyedari bahawa ini adalah salah dan tidak boleh diteruskan dan kami berubah dari semasa ke semasa dan menyingkirkannya.”

“Tekanan tidak berfungsi. Sepanjang sejarah, ia tidak pernah berkesan dengan kami. Jika anda mempunyai idea yang betul, cara berfikir yang betul, teruskan melakukannya. 

“Orang akan mengikut jika ia adalah perkara yang betul. Jika ia adalah perkara yang salah, maka orang akan mengikut cara pemikiran mereka sendiri,” jelas  beliau yang menambah hakikat tersebut perlu diterima Biden.

Putera Mohammed mengambil sikap enggan peduli pandangan Joe Biden terhadap dirinya.

Tambah Putera Mohammed, Arab Saudi menghormati budaya AS dan memohon AS melakukan perkara yang sama terhadap Saudi.

“Kami menghormati cara pemikiran, kami menghormati segala-galanya apa yang ada  di negara anda (AS) kerana ia terpulang kepada anda. 

“Kami berharap anda akan buat perkara sama terhadap kami. Kami tidak bersetuju dengan banyak perkara yang anda percayai, tetapi kami menghormatinya,” ujarnya.

Arab Saudi sedang berkembang pesat khususnya melalui projek pembangunan masa depannya, NEOM dengan kos AS$500 bilion yang kini sedang berjalan lancar.

Putera Mahkota juga menegaskan bahawa Arab Saudi adalah negara G20 yang sedang berkembang pesat.

 “Anda boleh lihat kedudukan kami lima tahun lalu; ia hampir nombor 20. Hari ini, kita menghampiri nombor ke-17 dalam kalangan negara G20. Dan kami menyasarkan untuk mencapai tempat yang lebih maju daripada nombot 15 menjelang tahun 2030

“Dan Saudi bukan sebuah negara kecil, ia adalah negara G20 yang berkembang pesat. Jadi di manakah potensi dunia hari ini? Ia adalah di Arab Saudi,” katanya.

Menurut beliau lagi. syarikat-syarikat Amerika mempunyai tumpuan yang besar di Arab Saudi. 

“Kami mempunyai lebih daripada 300,000 rakyat Amerika di Arab Saudi, sebahagian daripada mereka warga Saudi-Amerika, tinggal di Arab Saudi, dan bilangannya semakin meningkat setiap hari.

“Jadi, minat itu jelas. Sama ada anda mahu menang di Arab Saudi atau kalah, terpulang kepada anda,” tegasnya. – Saudi Gazette

- Advertisement -