Anti-Rasuah di PRN Johor, PAS macam mana?

- Advertisement -

NAMPAK gayanya semua parti bertanding di PRN Johor mahu agenda anti rasuah diperkasakan. Hatta ke parti bebaspun mendendangkan irama yang sama.

Tidak cukup dengan kempen, ada parti yang mensyaratkan calon-calonnya melalui ujian psikometrik anti rasuah. Bagus. Ini bermakna agenda anti rasuah terus dijulang tinggi oleh semua parti politik yang bakal terlibat dengan pentadbiran negeri.

- Advertisement -

PAS macam mana? PAS juga berkempen anti rasuah. Tetapi PAS tidak sekadar bercakap dan berkempen. PAS sudah buktikan di setiap satu kerajaan negeri yang diketuai oleh PAS. 

Berbanding parti lain, PAS adalah satu-satunya parti pemerintah yang membuktikan selama mana diberi mandat mentadbir negeri, tiada kes rasuah melibatkan pemimpin negeri berkenaan. 

Jika masih tidak percaya, cuba semak rekod. Cara nak semak rekod ialah kita lihat di hujung satu-satu penggal pemerintahan sesebuah kerajaan. 

Kelantan, selama enam penggal PAS memimpin Negeri Kelantan (Menteri Besarnya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Ustaz Ahmad Yakob) tiada satupun kes rasuah. 

Terengganu, setakat satu penggal yang terdahulu (Menteri Besarnya Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), tiada satupun kes rasuah. Kedah (Menteri Besarnya Ustaz Azizan Razak), setakat satu penggal yang terdahulu, tiada satupun kes rasuah. 

PAS cakap dan bikin. We walk the talk.

Jadi, PAS bersedia menjadi pemimpin atau sebahagian daripada kepemimpinan Negeri Johor. Di Johor, PAS bersama Perikatan Nasional. Undilah Perikatan Nasional, demi aspirasi bersama kita – pentadbiran berintegriti dan efisien.

Lawan rasuah!

USTAZ MOHD SHAFIE NGAH
Yang Dipertua PAS
Kawasan Bangi – HARAKAHDAILY 3/3/2022

- Advertisement -