
DUBAI: Putera mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan dan Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan perbincangan mengenai krisis di Ukraine ketika ini dan tentang pasaran tenaga global melalui panggilan telefon pada Selasa (1 Mac).
Sheikh Mohamed diberi taklimat oleh Putin mengenai perkembangan krisis Rusia dengan Ukraine, dan putera mahkota itu menekankan akan keperluan untuk mencapai penyelesaian keamanan yang menjamin kepentingan dan keselamatan negara semua pihak.
Sheikh Mohamed mengesahkan bahawa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan terus berhubung dengan pelbagai pihak berkenaan bagi membantu mencari penyelesaian politik kepada krisis Rusia-Ukraine berkenaan.
Kedua-dua Sheikh Mohamad dan Putin juga bersetuju mengenai keperluan untuk mengekalkan kestabilan pasaran tenaga global. – Arab News




















