
TOKYO: Sebuah jawatankuasa parlimen Jepun pada Isnin (21 Feb) meluluskan rancangan perbelanjaan permulaan AS$940 bilion (RM2.0 trilion) kerajaan negara itu untuk tahun fiskal akan datang, dan menetapkan peringkat untuk kelulusan penuh bajet berkenaan melalui badan perundangan pada Mac ini.
Perdana Menteri, Fumio Kishida berkata, beliau menaruh harapan agar bajet berkenaan berjaya mengeluarkan negara dengan ekonomi ketiga terbesar di dunia itu keluar daripada keadaan lesu disebabkan oleh pandemik Covid-19 dengan kemajuan ekonomi dijangka bergerak perlahan pada suku pertama tahun ini.
Bajet untuk tahun fiskal baharu bermula pada April, bernilai 107.6 trilion yen (AS$936.14 bilion), adalah rancangan perbelanjaan permulaan terbesar Jepun.
Pakej fiskal yang meluas itu juga akan menambah bebanan bagi beban hutang terbanyak dunia perindustrian, iaitu lebih dua kali ganda saiz ekonomi Jepun yang berjumlah AS$5 trilion.
Bajet itu diluluskan pada Isnin oleh ahli parlimen parti pemerintah di jawatankuasa bajet dewan rendah. Ia akan diundi pada Selasa(22 Feb) dalam pleno, seperti yang dipersetujui oleh blok pemerintah dan pembangkang.
Memandangkan majoriti blok pemerintah di kedua-dua dewan parlimen, rang undang-undang bajet akan digubal 30 hari selepas ia dihantar ke dewan atasan. Ia menandakan penggubalan belanjawan terpantas sejak 1999.
Sehubungan itu, Kishida berikrar untuk membawa belanjawan utama, yang tidak termasuk jualan bon baharu dan kos pembayaran hutang, kepada lebihan menjelang fiskal 2025, sementara beliau menghadapi tekanan dalam Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintahnya untuk membelanjakan lebih banyak sebelum pilihan raya dewan,Julai ini.
Belanjawan tahunan pertama yang disusun di bawah Kabinet Kishida mengikuti perbelanjaan tambahan 36 trilion yen untuk tahun fiskal ini kerana beliau telah berikrar untuk melaksanakan perbelanjaan lancar dalam tempoh 16 bulan untuk mengekalkan ekonomi.
“Perbelanjaan yang lebih besar bermakna disiplin fiskal semakin lemah dalam kalangan pembuat dasar yang mengharapkan dasar monetari ultra longgar Bank of Japan untuk mengekalkan kos pinjaman yang rendah,” kata penganalisis menurut laporan Reuters.
Bajet itu termasuk 5 trilion yen untuk kos kecemasan Covid-19, rekod perbelanjaan pertahanan sebanyak 5.37 trilion yen, dengan kedua-dua kos kebajikan masing-masing sebanyak 36.3 trilion dan 24.3 trilion yen untuk pembayaran hutang menyumbang lebih separuh daripada perbelanjaan tahunan. – Agensi




















