
RIYADH: Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial (HRSD) Arab Saudi menolak cadangan untuk mengurangkan bilangan hari bekerja dalam seminggu di negara itu.
Jurucakap kementerian itu, Saad Al Hammad berkata, beliau menolak laporan media terkini berhubung perkara tersebut sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, ajian berkala dilakukan semula terhadap undang-undang buruh yang terpakai bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pelaburan tempatan serta antarabangsa.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Saudi, Eng. Ahmed Al-Rajhi berkata pada Rabu (16 Feb) bahawa undang-undang buruh sedang dikaji pada masa ini dengan tujuan menjadikan pasaran buruh di negara itu lebih menarik untuk pelabur dan pekerja. – Saudi Gazette




















