
ISU mengenai Graphene Oxide yang kononnya terdapat dalam vaksin COVID-19 terutamanya vaksin Pfizer-BioNTech telah pun diviralkan sejak daripada Jun 2021 lagi. Sudah ramai pakar luar negara memberikan penerangan bahawa berita itu tidak benar. Vaksin COVID-19 tidak mengandungi Graphene Oxide. Itu jelas!
Dalam negara kita mula heboh sejak akhir-akhir ini oleh sekumpulan pihak, yang kita ketahui individu-individu yang terbabit dari kumpulan itu adalah antivaksin sejak sekian lama. Bahkan pernah dihadapkan di mahkamah kerana membawa berita palsu mengenai vaksin.
Video dan laporan yang mereka rujuk adalah dari doktor yang kononnya mengatakan bahawa terdapat 99.99 peratus Graphene Oxide di dalam vaksin dan boleh membunuh. Saya pernah menjawab isu ini pada awal bulan Julai yang lalu seperti link: https://www.facebook.com/546572572048737/posts/4205242882848336/
Bahkan kenyataan rasmi dari universiti yang kononnya menjalankan uji kaji tersebut juga menafikan penglibatan mereka dalam kajian yang tidak benar itu. Boleh rujuk sini: https://www.newtral.es/wp-content/uploads/2021/07/COMUNICADO-DE-LA-UNIVERSIDAD-DE-ALMERÍA_2-julio-2021_def.pdf?x32658.
Sehubungan dengan isu ini Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan juga memberikan jawapan rasmi bahawa vaksin yang digunakan atau akan digunakan dalam negara kita tidak mempunyai Graphene oxide. [lihat gambar].
Saya cukup hairan kenapa rakyat negara kita amat mudah terpengaruh dengan berita tidak betul dan hanya dalam bentuk andaian seperti ini. Bahkan individu yang bercakap itu pun sudah diketahui ramai tidak berkredibilti langsung. Sedih, berapa ramai masyarakat kena tipu oleh kumpulan ini.
DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 23/8/2021
Sumber Asal: https://m.facebook.com/1033106371/posts/10223465244712615/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.























