Johor tambah peruntukan RM150,000 kepada ADUN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Johor bersetuju menyediakan peruntukan tambahan RM150,000 kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala tambahan RM100,000 lagi kepada 27 Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas (JPKD), Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad berkata, peruntukan untuk ADUN Johor adalah bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada rakyat negeri ini yang terjejas akibat COVID-19 melalui wakil rakyat di kawasan masing-masing.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad berkata, peruntukan untuk ADUN Johor adalah bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada rakyat negeri ini yang terjejas akibat COVID-19 melalui wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Menurutnya, peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 pula turut disalurkan kepada 27 Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas (JPKD) Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

“Saya berharap peruntukan tambahan ini disalurkan kepada rakyat terjejas untuk kebajikan dan kemashalatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (AMANAH-Parit Yaani) yang juga Ketua Pembangkang, mengenai bantuan yang disalurkan kepada penduduk Johor yang terjejas akibat Covid-19, ketika sesi soalan lisan Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14, semalam.

Sementara itu, tambah Hasni, kerajaan Johor melalui peruntukan termasuk daripada Pejabat Menteri Besar sentiasa menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk negeri ini yang terjejas akibat Covid-19.

“Agensi negeri termasuk Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya e-Kasih, turut menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat terjejas termasuk kewangan, bekalan makanan dan banyak lagi.

“Badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Yayasan Sultan Ibrahim dan Yayasan Raja Zarith Sofiah turut aktif menyalurkan bantuan kepada rakyat terjejas COVID-19,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, Hasni yang juga ADUN Benut dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan RM50,000 kepada semua 56 ADUN Johor dan Jawatankuasa Penyelaras Khas (JPKD) Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini. – HARAKAHDAILY 23/8/2021

- Advertisement -