Jangan kibarkan bendera kekalahan

- Advertisement -

SAYA tak setuju cadangan dinaikkan bendera putih untuk maklumkan kita kehabisan makanan kerana:

1. Ada yang akan ambil kesempatan.
2. Memelihara maruah diri dan ummah.
3. Kita masih ada cara yang lebih baik dan dapat menutup keaiban orang.

- Advertisement -

Cara yang lebih baik menurut pandangan saya:

1. Ahli Parlimen dan ADUN mesti membuka bilik operasi bantuan dan membuka talian operasi sepanjang tempoh pandemik sekali gus menjadi penyelaras kepada organisasi yang diamanahkan untuk menyalurkan bantuan.

2. Organisasi komuniti masyarakat seperti JKKR, KRT, Kejiranan dan seumpamanya juga mesti membuka bilik operasi bantuan untuk orang yang terputus bekalan makanan, juga menyediakan khidmat penghantaran bagi yang tiada kenderaan

3. Masjid atau Surau mesti berperanan sebagai pusat bantuan rakyat sama ada dengan dana bantuan kerajaan atau Masjid atau Surau atau Majlis Agama atau Pusat Zakat, dan bantuan orang ramai. Bagi yang bukan-Islam juga boleh dilaksanakan di Kuil atau Tokong atau Gereja dan mana-mana pusat komuniti mereka.

4. Pastikan talian operasi diketahui oleh komuniti dengan apa jua cara sebaran. Yang memerlukan bantuan boleh datang atau menghubungi talian operasi, data maklumat akan dapat mengelakkan orang mengambil kesempatan, datang berulang kali sehingga rumah mereka jadi stor menyimpan barang sumbangan, sekali gus ianya dapat memelihara maruah.

Jangan angkat bendera putih, macam orang kalah perang, kita masih ada kekuatan, kibarkan panji Islam dengan kibaran Syiarnya Islam sebagai agama yang saling membantu. 

Untuk DUN Tanjung Lumpur ini talian operasi kami untuk rakyat DUN Tanjung Lumpur yang terputus bekalan makanan sila WhatsApp: 011-59897556 Ameerah DUN Tanjung Lumpur

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang
ADUN Tanjung Lumpur – HARAKAHDAILY 29/6/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100003457375722/posts/3183119335146614/

- Advertisement -