
MENURUT Kenyataan Media Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 26 Jun 2021, hari ini terdapat 14 Kluster baru kes COVID-19 di dalam negara kita dengan jumlah kes harian sebanyak 5,803 kes.
9 daripada 14 Kluster kes COVID-19 tersebut adalah daripada Kluster Tempat Kerja. Daripada 9 Kluster Tempat Kerja ini, 3 Kluster di Selangor, 2 Kluster di Johor, 1 Kluster di WP Kuala Lumpur, 1 Kluster di Pulau Pinang, 1 Kluster di Melaka dan 1 Kluster di Kelantan.
Setelah melihat kepada pola kluster seperti yang dilaporkan saban hari, Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa ‘Kluster Tempat Kerja’ ini mestilah dihentikan dan operasi perkilangan yang dikenalpasti hendaklah ditutup serta merta selama 2 minggu.
Kegagalan sektor perkilangan mematuhi SOP telah membantutkan usaha kerajaan memutuskan rantaian COVID-19. Kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak mematuhi SOP yang digariskan bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021 baru-baru ini, berjaya.
Pemuda PAS juga mencadangkan agar pihak Majlis Keselamatan Negara mengambil strategi ‘Lockdown Bersasar’yang lebih ketat dan melonggarkan SOP di daerah-daerah yang berstatus hijau.
Rakyat yang patuh pada SOP tidak harus dihukum akibat kegagalan pihak lain. Saya yakin kerajaan mampu membuat keputusan terbaik demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan.
“Menang Bersama”
“Pemuda Prihatin”
“Islam Memimpin”
“Teguh Kita Menang Bersama”
YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 27/6/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/479387615411779/posts/4824634994220331/




















