PAS kumpul sumbangan lebih RM12 juta untuk #Aid4Palestine

#Aid4Palestine
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kibaran megah bendera Palestin dan laungan takbir ‘Allahuakbar!’ meraikan kemenangan gencatan senjata Zionis dan HAMAS menggegarkan dunia sejak semalam.

PAS mengiringi semangat memarakkan perjuangan yang tidak pernah kendur sejak lebih tujuh dekad tersebut apabila hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM12,282,104.79.

Jumlah terkumpul tersebut adalah daripada ahli dan pimpinan PAS Negeri-negeri dan Dewan-dewan serta menerusi sumbangan langsung ke Tabung Kemanusiaan PASRelief.

Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) selaku koordinator dan anggota Sekretariat #Aid4Palestine telah mengumpulkan RM1,230,827 setakat tengah hari tadi.

Kutipan PAS Negeri-negeri yang masih giat melangsungkan kutipan bagi fasa seterusnya, setakat petang ini ditangga teratas adalah PAS Terengganu dengan jumlah RM3,746,335.91.

Diikuti PAS Kelantan sebanyak RM2,102,910.95 dan PAS Kedah (RM1,647,557.10), PAS Perak (RM714,168), PAS Pahang (RM712,187), PAS Selangor (RM563,502) dan PAS Pulau Pinang (RM484,730.83).

Seterusnya PAS Johor berjumlah RM315,473 dan PAS Wilayah Persekutuan (RM179,225), PAS Negeri Sembilan (RM80,871), PAS Sabah (RM69,218), PAS Perlis (RM65,099), PAS Melaka (RM60,000) dan PAS Sarawak (RM40,000).

Manakala Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menyumbang RM150,000 dan Dewan Pemuda PAS Malaysia pula sebanyak RM120,000 setakat tengah hari tadi.

Semua sumbangan terkumpul tersebut telah dibuat serahan rasmi secara maya dalam Majlis Penyerahan Dana #Aid4Palestine PAS Negeri-negeri kepada PAS Pusat sebentar tadi.

Serahan daripada semua Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Ketua Pemuda serta Ketua Muslimat ini telah diterima oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sumbangan ini akan disampaikan kepada Pengerusi Sekretariat #Aid4Palestine, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan akan diserahkan kepada Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Para dermawan diseru agar sumbangan dibuat menerusi akaun Maybank 5640 7061 4481 (Tabung Kemanusiaan PASRelief) atau https://pasrelief.onpay.my/order/form/gaza dengan rujukan ‘Aid4Palestine’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian ‘hotline’ 011-2077 5802 atau layari Facebook rasmi PASRelief di https://web.facebook.com/pasrelieff. – HARAKAHDAILY 22/5/2021

- Advertisement -
- Advertisement -