PASRelief Terengganu kutip RM1.189 juta dalam 4 hari

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Urusetia PASRelief Terengganu telah berjaya membuat kutipan awal sumbangan bagi dana #Aid4Palestin sebanyak RM1,189,075.40 sehingga jam 12.30 tengah hari, semalam.

Pengerusinya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sasaran bagi mengumpul dana itu sebanyak RM1.7 juta akan tercapai.

- Advertisement -

Ini kerana, katanya berdasarkan kutipan selama empat hari telah mencapai lebih RM1.1 juta sumbangan untuk Palestin.

Mengikut rekod, katanya PAS Kawasan Kuala Nerus paling tinggi membuat kutipan dana iaitu sebanyak RM208,896.00 pada 18 Mei.

“PAS Kawasan Kuala Terenganu sebanyak RM201,743.00 telah terkumpul, PAS Kemaman (RM174,084.00), PAS Marang (RM165,222.40), PAS Setiu (RM140,870.00), PAS Hulu Terengganu (RM108,322.00), PAS Dungun (RM100,212.00) dan PAS Besut sebanyak 89,726.00 berjaya dikumpul.

“Ini tidak termasuk sumbangan daripada Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC), yang dianggarkan tidak kurang dari RM300,000.00 lagi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kata Ustaz Wan Sukairi, kutipan turut dilakukan melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang terdapat di negeri ini.

Beliau yakin, sasaran awal PAS Terengganu bagi mengumpul dana sejumlah RM1.7 juta itu akan dapat dicapai dan mungkin lebih lagi dalam tempoh dua minggu ini. – HARAKAHDAILY 19/5/2021T

- Advertisement -