Perbetul kesilapan penguat kuasa elak ‘damage control’

- Advertisement -

SAYA mengikuti dengan teliti isu kompaun RM50 ribu terhadap peniaga burger dan peniaga colek di Kelantan. Cuba untuk menimbangkan dengan adil dan teliti pandangan dari pelbagai pihak. Ada beberapa point saya note sebagai pandangan peribadi sahaja:

1. Anggota Polis bertugas telah terkhilaf ketika mengeluarkan kompaun RM50 ribu kerana had maksimun kompaun bagi pelanggaran SOP PKP individu hanyalah RM10 ribu. Kesalahan pelanggaran SOP oleh syarikat barulah boleh dikenakan kompaun maksimun RM50 ribu.

2. Perlu diakui bahawa pihak kerajaan sama ada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri telah menjadi sasaran serangan dalam isu ini walau saya berpandangan ia berpunca dari kesilapan anggota bertugas. Damage telah berlaku dan luka di hati rakyat mesti dipulihkan segera. Tanggungjawab ini perlu diambil secara kolektif.

- Advertisement -

3. Setiap kompaun yang dikeluarkan bukannya muktamad. Ada pihak yang lebih atas berautoriti untuk membatalkannya atau pertimbangkan rayuan. Perkara ini nampaknya telah dibuat oleh pihak berwajib untuk memberikan keadilan kepada orang kena kompaun.

4. Anggota-anggota penguat kuasa perlu faham sebaiknya peruntukan undang-undang dan rujukan punca kuasa dalam menjalankan tugas masing-masing. Kesilapan beberapa individu menyebabkan kerajaan terpaksa menghabiskan banyak masa untuk damage control

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 28/4/2021

- Advertisement -