PAS adakan persiapan rapi, bukan derhaka Tuanku

- Advertisement -

DAH tersebar kononnya PAS derhaka Sultan. Sultan relaks saja tak sebut apa pun. TS Anuar Zaini mewakili istana dikhabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini. PAS Perak belum bersedia dengan keputusan. Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut.

PAS Pusat sedang berusaha cari jalan terbaik menyatukan Melayu Islam. Silap percaturan, penyatuan musnah. Percaturan di Perak akan menentukan percaturan di negeri lain. Hanya PAS berada antara PN dan MN. Sebab itu langkah PAS mesti tenang dalam mengimbangi persaingan BERSATU dan Umno. PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini. 

Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat Melayu Islam khasnya di Perak. Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yang dibawa Umno disokong oleh PAS, malangnya Umno yang tak sokong. Kesian PAS, kena game dengan Umno. Sudahnya apabila keadaan semakin parah, PAS yang cuba mendamaikan dipersalahkan.

- Advertisement -

Insya-Allah PAS yang sangat kuat berpegang dengan adat Melayu bersendikan Islam tidak sama sekali membelakangkan istana. PAS mahu mengadap Tuanku dengan persediaan yang rapi kerana tingginya penghormatan PAS kepada istana. 

PAS tidak mahu mengecewakan Tuanku jika hadir tanpa sebarang keputusan yang memuaskan hati baginda. Islam mendidik kepimpinan PAS menghormati institusi istana kerana mereka payung agama.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 8/12/2020

- Advertisement -