
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS, Che Alias Hamid menolak usul yang dibawa oleh Maria Chin Abdullah [PKR-Petaling Jaya] berhubung pemotongan secara keseluruhan sebanyak RM1.9 juta dikurangkan daripada jumlah lebih RM500,000 yang telah diperuntukkan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam jadual Rang Undang-undang perbekalan 2021 untuk program Ekspo Dubai.
Menurut Che Alias Hamid, Malaysia merupakan negara ahli kepada Paris Agreement di bawah Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC)
Beliau berkata, penglibatan Malaysia dalam Paris Agreement mengikat obligasi negara menyedia dan melaksanakan pelan tindakan berubahan iklim yang meliputi langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim di peringkat domestik dan antarabangsa.
Oleh itu, bagi memenuhi sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau atau green house gas (GHG) semua negara perlu memberikan komitmen penuh terhadap langkah mengurangkan GHG dan tindakan adaptasi perubahan iklim mengikut acuan dasar dan dasar pembangunan masing-masing.
Katanya, dasar dan langkah yang dirangka wajar diselaraskan dengan agenda pembangunan mampan seperti Sustainable Development Goals (SDGs) di bawah pertubuhan PBB.
Penglibatan Malaysia terutama KASA sebagai kementerian yang menerajui perubahan iklim negara di Ekspo Dubai ini akan membolehkan Malaysia menunjukkan kepada masyarakat global bahawa komitmen negara adalah pada tahap yang tertinggi.
Kseungguhan ini akan memberi keyakinan kepada masyarakat dunia untuk memancu industri-industri yang berada dinegara ini kearah operasi untuk mengaplikasikan teknologi hijau.
Selain itu, pevilion negara juga akan menjadi wadah kepada industri tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa
Dengan penyertaan KASA ini beliau yakin akan memperolehi peluang kerjasama perdagangan, pelaburan perbadangan, perniagaan, perusahaan, sain dan teknologi serta perkongsian amalan pembangunan yang mampan serta mengambil peluang untuk mendapat bantuan kewangan dari agensi PBB
Justeru itu, peruntukan berkenaan perlu dikekalkan dalam anggaran KASA bagi memenuhi komitmen negara dalam pelbagai obligasi. – HARAKAHDAILY 8/12/2020




















