
JAWATANKUASA Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kreh memandang serius akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air yang bertajuk ‘Kebal Sungguh Penternak Babi Kg.Selamat’.
Dalam sidang DUN Pulau Pinang telah didedahkan bahawa terdapat 26 ladang babi yang menjadi punca pencemaran Sungai Kreh. Ladang-ladang ini juga tidak mengikut Enakmen Penternakan Babi 2016. Sudah 4 tahun enakmen ini diperkenalkan, namun tiada usaha yang dilakukan oleh pemilik ladang untuk mematuhi enakmen ini. Apa tindakan MBSP? Masih layakkah mereka ini diberikan lesen untuk menternak babi?
Tidak cukup dengan pencemaran yang berpunca dari tahi babi, kini mereka bercadang untuk membuka pula kilang baja tahi babi di Kg. Selamat. Mulianya babi di mata mereka berbanding rakyat Tasek Gelugor.
Persoalannya, siapa ‘godfather’ perkampungan babi yang menyebabkan pencemaran berlanjutan sehingga 40 tahun ini? Sungguh kebal individu ini. Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kreh akan terus memperjuangkan isu ini dan membongkarkan semua pihak yang terlibat. Semoga kemenangan untuk rakyat.
USTAZ ABDUL RAZIB ABDUL RAHIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor
Pengerusi,
Badan Bertindak Pencemaran Sungai Kreh – HARAKAHDAILY 7/12/2020




















