Amaran ribut petir, hujan lebat di 12 negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 12 negeri sehingga malam ini.

MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya; WP Labuan; Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

- Advertisement -

“Selain itu, kawasan di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Seterusnya, kawasan di Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol); Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi); dan Sarawak di Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu, kawasan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 9 malam ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2024

- Advertisement -