Tiktokers pro-BN galak serang Kelantan

- Advertisement -

PRU15 lalu, tidak dapat dinafikan kerisauan kita terhadap serangan terhadap Kerajaan Kelantan agak mendebarkan. 

- Advertisement -

Hingga mengangkat beberapa nama Tiktokers BN yang tekun buat live setiap malam menghentam kerajaan negeri. 

Tengok pada bercakap penuh mulut dalam setiap live, ibarat Parlimen di Kelantan ni memang kalah semualah PAS. Bahkan, kita penyokong PAS pun risau. 

Tapi lain yang kita jangka, lain pula yang berlaku. PAS menang 14-0 di Kelantan.

Selepas PAS menang barulah ramai netizen dan beberapa influencer Tik Tok muncul dan takir kembali Tiktokers BN itu. 

Rupanya, selama ini orang Kelantan duk dengar ramai-ramai sekadar hiburan malam sahaja. Tak kira lagi yang duk pong supaya member lagi terbang tinggi bercakapnya.

Dalam masa sama nampaklah orang Kelantan ni menyimpan geram lama dah pada Tiktokers BN yang duk kata berat-berat dan macam-macam kepada Kerajaan Kelantan. 

Bahkan, BN Kelantan pula duk jemputlah mereka berceramah kelompok di seluruh Kelantan. Makinlah orang Kelantan menyampah. 

Cuma orang Kelantan ‘lok’ atau biarkan. Keluar sahaja keputusan PRU mereka pun pijak ramai-ramai sampai tak bernafas member. Siap ada lagu dikir.

Sampai ada yang kata, orang muda Kelantan tak sokong BN ni sebab menyampah dengan seorang dua Tiktokers BN ini lah.

Tapi hari ini Tiktokers BN tersebut masih lagi duk buat perkara yang sama dan makin teruk pusingan alamnya. Seolah-olah dia tak dapat lagi mesej dari rakyat Kelantan. 

Aku kata kat kawan-kawan, biarlah ke dia jangan kacau dia. Paling tak dia boleh healing (tenang ribut jiwa), risau juga kalau kita tekan ramai-ramai, dia herek rebo.

Apa pun jangan lalai sep kita, PRN tak lama dah. Jangan sedap duduk, jangan sembang besar. Teruskan kerja dan munajat. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 12/12/2022

- Advertisement -