‘Selamat memberikan keterangan’ kepada Pengkarya itu

- Advertisement -

TERIMA kasih kepada pihak media yang telah membuat liputan terhadap laporan polis saya semalam. Saya yakin, dengan laporan tersebut pihak polis sudahpun memulakan siasatan dan akan memanggil individu tersebut tampil memberikan kenyataan. Beberapa laman yang telah menyiarkan kenyataan saya adalah seperti berikut:

- Advertisement -

1. Harakahdaily di pautan: [1]
2. Berita Harian di pautan: [2] 
3. Sinar Harian di pautan: [3] 
4. Malaysiakini di pautan: [4] 
5. KiniTV di pautan: [5] 
6. Malaysia Dateline di pautan: [6] 

Dan beberapa pautan lain. Harapan saya supaya jangan ada lagi individu-individu yang melampau batas seperti individu ini. Malaysia ini negara demokrasi, tetapi kebebasan ada tatasusilanya. Jika mengusik agama dan institutepenting dalam Perlembagaan, itu bukan kebebasan, itu kurang ajar.

Dan ini bukan pertama kali, pada tahun 2017, dia pernah melakar gambar karikatur menghina Presiden PAS (pautan: [7]). Dan beberapa lagi insiden lakaran kartun selepas itu. Apapun saya ucapkan selamat memberikan keterangan. Teguhlah seteguh Karl Marx yang mempertahankan Das Capital nya, atau seperti Mao Tse Tung yang memimpin Parti Komunis China. Dan kali ini saya harap DAP tidak bersolidariti bersama manusia ini lagi ([8]). Selamat bercuti.

YB AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 23/4/2021

[1] https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/22/laporan-polis-lakaran-this-is-dengki-ke/
[2] https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/04/809477/bhplus
[3] https://www.sinarharian.com.my/article/134941/BERITA/Semasa/Hina-Permaisuri-Kerajaan-perlu-ambil-tindakan-terhadap-Fahmi-Reza
[4] https://www.malaysiakini.com/news/571725 
[5] https://www.kinitv.com/bm/berita/104609?fbclid=IwAR0rZOIzGdofkw7XfwvyhU9Tkvqv9RaT2up8SA9yXahvV7tzSwv-vn2WiEw
[6] https://malaysiadateline.com/pemuda-pas-anggap-fahmi-reza-hina-raja-permaisuri-agong/ 
[7] https://harakahdaily.net/index.php/2017/04/15/karikatur-pemuda-pas-kelantan-akan-lapor-polis/
[8] https://www.roketkini.com/2018/02/21/dap-bersolidariti-bersama-fahmi-reza/

- Advertisement -