Teguran Sultan Selangor buat Kerajaan Negeri

Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff 
- Advertisement -

‘KORANG’ (kamu semua) pernah tak tengok orang kena tegur berkali-kali sampai orang yang menegur dia pun dah kecewa menegur. Itulah yang berlaku dengan Kerajaan Negeri Selangor. 

- Advertisement -

Tadi masa istiadat pembukaan persidangan Dewan Negeri Selangor, DYMM Sultan Selangor bertitah meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

DYMM Sultan Selangor sebut dah berpuluh kali memberikan teguran untuk selesaikan isu banjir. DYMM Sultan siap beri cadangan penyelesaian. Cadangan untuk belajar dengan negara Netherland yang diiktiraf mempunyai projek tebatan banjir terbaik dunia. 

Tapi nampaknya nasihat DYMM Sultan tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ibarat ‘mencurah air di daun keladi”.

DYMM Sultan siap tegur mengenai hasil dari projek tebatan banjir yang gagal walaupun setiap tahun peruntukan disediakan. Pada aku ini sebenarnya kelemahan kecekapan Kerajaan Negeri cari solusi terbaik. 

Apa yang ditegur oleh DYMM Sultan Selangor itu tepat sangat. Mana tak nye, baru hujan lebat sekejap dah banjir. Sebagai contoh tadi, hujan lebat sekejap je dah banjir.

Setiap kali banjir, setiap kali itulah rakyat Negeri Selangor terjejas. Terpaksa berpindah, rumah rosak, harta benda rosak, kenderaan rosak, dan paling penting kesan emosi kepada mangsa. 

Sampai ada rakyat Selangor yang tak boleh tidur malam kalau hujan. 

Selain itu DYMM Sultan Selangor tegur pasal isu kilang haram yang mencemarkan sungai. Benda ni pun aku rasa bukan isu baru. Isu lama yang ditegur berkali kali. 

Satu lagi isu yang DYMM Sultan tegur adalah isu sampah. Nampaknya isu ni juga tak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. KDEB Waste yang sepatutnya fokus kepada penyelesaian isu ni, nampaknya gagal. 

Apatah lagi sebelum ini pada Disember 2025, DYMM Sultan dah pernah luahkan kekecewaan dia. Masa tu pun aku dah dedah dalam KDEB Waste tu penuh orang politik PKR dan DAP yang tak tahu buat apa. 

Masa tu aku dah cadang pecat semua dan ganti dengan bekas Pegawai Kerajaan yang berpengalaman. 

Tapi macam biasa MB Selangor diam tak buat apa apa. Hasilnya? Amik kau! DYMM Sultan Selangor tegur lagi dan luahkan kekecewaan Baginda. 

Isu b@bi pun satu hal. DYMM Sultan Selangor dah pernah tegur pasal isu ni. Dah pernah beri arahan. Tapi apa tindakan Kerajaan negeri?

Pada aku lah, malulah ditegur berkali-kali. Sampai DYMM Sultan Selangor ‘fed up’

Apa yang susah sangat nak selesaikan isu rakyat ni? Bila negeri banjir, rakyat bergelumang dengan sampah, sungai tercemar dengan najis b@bi, kat mana yang mendabik dada kata Negeri Selangor maju bawah Pakatan Harapan tu?

Negeri kaya, duit ada, tapi pimpinan Kerajaan Negeri hampeh. Hasilnya….sabar jelah.

Dahlah, PRU16 nanti pangkah je PN. Sekian.

Salam hormat,

IR TS. DR. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF 
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Selangor – HARAKAHDAILY 21/4/2026

- Advertisement -