
TEHRAN: Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia Iran mengeluarkan amaran terhadap pergerakan pesawat tentera Israel yang menghampiri ruang udara Iran melalui negara-negara jiran, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai ancaman berbahaya terhadap keselamatan Republik Islam Iran.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada lewat Jumaat, ibu pejabat tentera itu memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius pergerakan pesawat tentera Israel ke arah Iran melalui ruang udara beberapa negara jiran.
“Kami menganggap pergerakan dan kehadiran pesawat tentera rejim Zionis di ruang udara beberapa negara jiran ke arah Iran sebagai tindakan berbahaya dan ancaman terhadap Republik Islam Iran,” menurut kenyataan tersebut, lapor agensi berita Iran.
Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia turut memberi amaran bahawa sekiranya Amerika Syarikat gagal mengekang atau mengawal tindakan Israel, Iran tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman terhadap kedaulatan negaranya.
“Kami mengisytiharkan bahawa jika Amerika Syarikat tidak dapat mengekang dan mengawal rejim Zionis, Republik Islam Iran tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman terhadap dirinya sendiri dan menganggap tindakan balas terhadap tindakan berbahaya ini sebagai haknya,” tegas kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 27/6/2026











