‘Itu bukan kerja kerajaan, itu kerja taikun’

Susulan pembukaan Madani Mart

Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir menegaskan, inisiatif kerajaan atau entiti kerajaan membuka kedai runcit Madani Mart baru-baru ini bagi menangani kenaikan harga barang menimbulkan konflik kepentingan. 

- Advertisement -

Clearly conflict of interest ‘kut’. Di mana akal anda yang sihat sampai tak boleh nak fikir bahawa semua ni ada conflict of interest?  

“Anda nak tipu siapa? Ingat rakyat Malaysia ni budak tadika ke boleh anda tipu?” katanya dalam media sosial milik beliau. 

Beliau menyatakan bahawa walaupun Madani Mart dikatakan inisiatif swasta atau bersama dan tidak menggunakan duit kerajaan, ia tetap berkait rapat kerana pengurusan yayasan dan pembuat polisi yang terlibat adalah anggota pentadbiran kerajaan.  

“Yang rasmi kedai Perdana Menteri. ‘Celah bedah’ mana tak kait kerajaan? Kalaupun betul, kalaulah tak kait dengan kerajaan pun, semua promosi guna kelebihan anda sebagai anggota pentadbiran.  

“Liputan akhbar semua spotlight dekat anda sebab anda anggota pentadbiran. Kena pula anda Timbalan Menteri yang uruskan perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup,” bidas beliau. 

Nazrul menegaskan, sebarang cadangan kerajaan membuka kedai runcit adalah idea yang tidak cerdik, bermasalah, dan tidak masuk akal.  

Beliau berkata, tindakan itu hanya wajar jika individu terbabit sudah bersara politik dan memutuskan untuk menjadi tauke kedai runcit. 

But for now, this is the stupid idea,” kritik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat. 

Menurutnya lagi, tugas kerajaan sepatutnya menumpukan kepada penyediaan dasar dan polisi untuk rakyat. 

“Tugas kerajaan termasuk menetapkan harga siling, mengurus pemantauan perniagaan, dan menguatkuasakan supaya tiada peniaga mengambil kesempatan.  

“Bukan pergi buka kedai, bersaing dengan peruncit lain. Lepas itu anda buka ‘harga rahmah’ sampai peruncit lain semua jem kepala kena bersaing dengan anda. Tu bukan kerja kerajaan bang. Itu kerja taikun,” hujahnya dalam nada sinikal. 

Terdahulu, media tempatan melaporkan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merasmikan Madani Mart Cawangan Indera Mahkota 8, kedai komuniti pertama di negara ini yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.  

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Inisiatif di bawah Yayasan Madani itu bertujuan memperkukuh kesejahteraan rakyat. 

“Ia termasuk menangani kos sara hidup, dan memperluas peluang keusahawanan dalam ekosistem peruncitan. sasaran kerajaan adalah mewujudkan sekurang-kurangnya satu Madani Mart di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Dengan 640 premis dalam tempoh dua tahun bagi memastikan keterjangkauan barangan asas secara lebih meluas,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/4/2026

- Advertisement -